Ayoh Chik / Pok Omar - Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu



Ayoh Chik /  Pok Omar -  Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu

Pengenalan
Haji Omar Bin Embong atau lebih di kenali dengan panggilan Ayoh Chik dan Pok Omar dalam kalangan penduduk Kampung Kubang Tangga, Kuala Terengganu. Beliau merupakan anak keempat daripada empat adik beradik. Beliau merupakan anak kepada Embong Bin Abdullah dan Lijah Binti Omar. Beliau telah dibesarkan di Kampung Kubang Tangga beliau juga merupakan suami kepada Yeah Embong dan bapa kepada 8 orang cahaya mata.
Tambahan pula, beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Kampung Kubang Tangga. Beliau telah dilantik pada tahun 2000 oleh suara majoriti penduduk kampung ini dengan mengantikan Haji Salleh Chik Ning yang memegang jawatan tersebut sebelum itu. Selain itu, beliau juga terpilih adalah kerana beliau telah menjadi Naib Pengerusi JKKK selama 2 tahun iaitu sejak tahun 1998.
Sepanjang tempoh pemerintahan beliau, telah banyak perubahan dan pembaharuan yang telah dilakukan kepada kampung ini. Perubahan dan pembaharuan yang telah dilakukan dapat dirasai dan dinikmati oleh semua penduduk, dan bukan itu sahaja, ia juga telah memberi manfaat serta kepentingan kepada semua penduduk kampung. Pembaharuan yang telah dilakukan bukan sahaja menumpukan kepada sesuatu bidang sahaja, tetapi meliputi semua bidang tidak kira dari bidang ekonomi, politik, sosial, pendidikan, agama dan sebagainya.
Oleh itu, disebabkan sumbangan yang telah dilakukan kepada penduduk menyebabkan beliau menjadi seseorang yang penting kepada semua penduduk kampung. Dan disebabkan sumbangan dan ciri-ciri yang kepimpinan yang terdapat dalam diri dan yang telah ditunjukkan oleh beliau menyebabkan beliau dipilih untuk menjadi tokoh kepada kajian ini.

Latar Belakang Dan Riwayat Hidup Omar Embong
            Pada tahun 1950, bertarikh 31 Mei iaitu pada hari sabtu. Satu peristiwa yang sangat penting telah berlaku dalam sebuah keluarga. Peristiwa ini adalah sesuatu yang sangat penting kepada keluarga tersebut iaitu dengan kelahiran seorang bayi lelaki yang dilahirkan. Sememangnya kelahiran itu membawa satu anugerah yang sangat bernilai bukan sahaja kepada keluarga, tetapi kepada semua masyarakat. Bayi ini telah dilahirkan oleh Lijah Binti Omar iaitu isteri kepada Embong Bin Abdullah. Walaupun telah melahirkan 3 orang anak, namun kelahiran bayi tersebut dirasakan adalah berlainan dari anaknya yang lain1.
            Selepas itu, mereka berfikir untuk menamakan bayi tersebut, namun mereka tidak mempunyai nama yang sesuai untuk diberikan. Pada suatu petang, terlintas di fikiran Embong iaitu bapa kepada bayi tersebut akan satu nama iaitu “Omar” dan telah memberitahu kepada isterinya. Beliau memikirkan nama ini sangat sesuai bagi anaknya itu. Beliau memilih nama ini kerana nama tersebut juga adalah bersamaan seorang tokoh Islam yang sangat terkenal pada zaman Nabi Muhammad iaitu Umar Al-Khattab. Tokoh ini adalah seorang tokoh yang sangat berani. Kerana sifat ketokohan yang sangat terserlah disebalik nama tersebut, oleh itu mereka suami isteri telah mengambil nama tersebut kerana mengingini anak mereka itu menjadi seorang yang hebat sehebat Umar al-Khattab sehingga tokoh ini di gelar ‘Singa Allah’. Oleh itu, bayi itu dinamakan Omar2.
            Selain itu, Omar dilahirkan di sebuah kampung yang sememangnya bukan sebuah kampung yang maju namun ia adalah sebuah kampung yang aman lagi damai. Kampung ini adalah Kampung Kubang Tangga. Berdasarkan nama kampung ini, terdapat banyak sejarah disebalik nama tersebut dan diselitkan juga unsur mitos orang asal kampung ini. Antaranya adalah menurut penduduk kampung ini, pada zaman dahulu, apabila turunnya hujan panas dan akan keluar sebuah tangga emas bersama seorang puteri di dalam sebuah kubang atau alur yang terdapat didalam kampung ini. Dan berdasarkan cerita itu, kampung ini dinamakan Kampung Kubang Tangga3.
            Selain itu, beliau telah dibesarkan dalam keluarga yang bukanlah dari golongan yang berada, namun beliau dapat dibesarkan dengan sangat baik dalam sebuah keluarga yang bahagia dan sehingga keluarga ini juga menjadi contoh kepada keluarga kepada kampung ini pada masa itu. Beliau telah dibesarkan sehingga mencapai umur 7 tahun iaitu pada tahun 1957. Beliau mendapat pendidikan awal pada tahun tersebut, beliau telah dimasukkan ke sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Sungai Rengas yang kini telah dipindahkan ke sempadan antara Kampung Sungai Rengas dan Kampung Kuala Bekah, dan sekolah ini bukan sahaja dipindahkan tetapi juga telah diubah nama kepada Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah. Dan beliau telah bersekolah di sekolah ini dari darjah 1 hingga tamat darjah 6 iaitu pada tahun 1963. Beliau menceritakan pengalaman paling manis ketika di darjah 1, iaitu pada tahun 1957 dan merupakan tahun kemerdekaan negara Malaysia. Dan kenangan yang tidak boleh di lupakan adalah apabila beliau bersama-sama sekolah yang berada di sekitar mengadakan perarakkan sambutan kemerdekaan daripada Kampung Wakaf Mempelam ke Kuala Berang 4.
Pada tahun 1964, beliau tidak hanya menamatkan persekolahan di darjah 6 sahaja, namun telah menyambung pelajaran di tingkatan 1 di Sekolah Agama Rakyat Sungai Rengas. Beliau bersekolah di sekolah itu kerana sekolah tersebut adalah sekolah terbaik pada masa itu di kawasan itu. Ini juga kerana jarak antara rumah beliau dengan sekolah adalah tidak sampai satu kilometer dan hanya mengambil masa 15 minit jika berjalan kaki ke sekolah. Tetapi kini, sekolah ini terpaksa ditutup kerana menghadapi beberapa masalah. Pada tahun sekolah ini ditutup, beliau telah tamat pelajaran beberapa tahun sebelum itu. Beliau telah menamatkan persekolahan di tingkatan 3 iaitu pada tahun 1965, beliau tidak dapat menyambung pelajaran yang lebih tinggi kerana keluarga beliau menghadapi masalah kewangan5.
            Selepas tamat persekolahan, beliau telah bekerja mengukur tanah Felda bagi penanaman kelapa sawit, dan ketika itu berumur 18 tahun. Selepas pekerjaan itu, beliau bekerja sebagai buruh binaan walaupun gaji tidaklah semahal pekerjaan yang lain, namun beliau menerima dengan redha. Hal ini kerana tujuan beliau bekerja adalah kerana  membantu keluarga dan juga menyara dirinya. Oleh kerana ibu bapanya melihat beliau mampu berdikari, beliau telah diperkenalkan dengan seorang perempuan yang bernama Yeah Binti Embong oleh ibu bapanya. Tidak beberapa lama selepas itu, “beliau berkenalan dan telah berkenang akan perempuan itu”, beliau memutuskan untuk melangsungkan perkahwinan. Walaupun beliau bukanlah seorang yang bekerja dengan gaji yang tinggi, namun beliau telah diterima dengan seadanya oleh Yeah Binti Embong6.
            Selepas itu, mereka telah hidup dengan bahagia dan telah dianugerahkan 8 orang anak iaitu 4 orang anak lelaki dan 4 orang anak perempuan. Beberapa tahun selepas perkahwinan mereka, mereka di anugerahkan seorang anak perempuan yang bernama Norihan, mereka berjaya mendidik anak tersebut sehingga berjaya yang kini telah menjadi seorang guru di sebuah sekolah di Ulu Tiram, Johor. Anak kedua mereka pula yang bernama Mohd Zamri yang kini bekerja sebagai kontraktor. Selepas itu, anak ketiga beliau yang bernama Sakinah yang kini bekerja sebagai juruteknik. Anak keempat mereka pula yang bernama Zakiah yang kini bekerja sebagai guru tadika. Manakala anak kelima pula bernama Mohd Yusri Faizal yang kini bertugas sebagai ahli bomba di Marang, Terengganu. Selain itu, anak yang keenam pula yang bernama Siti Khatijah yang bekerja sebagai pegawai kesihatan. Manakala anak ketujuh pula yang bernama Mohd Arif Azri yang kini bekerja sebagai mekanik. Dan akhir sekali, anak yang kelapan mereka yang bernama Mohd Daniel Bakri yang masih belajar di Universiti  Teknologi Mara(UITM) Shah Alam7. Walaupun beliau bukanlah seorang yang berjaya dalam pelajaran, namun beliau berjaya mendidik anak- anak menjadi manusia yang berguna dan berjaya dengan kerjaya masing-masing.
            Pada tahun 1999, bak kata pepatah “kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari”. Begitulah kata-kata yang boleh diungkapkan buat keluarga bahagia ini, kegembiraan yang disemai sekian lama oleh Yeah Binti Embong kepada keluarga, namun hakikatnya ia hanyalah pinjaman seketika. Tatkala kegembiraan jelas terpancar dari segenap ruangan keluarga ini, tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian isteri tersayang dan ibu tercinta kepada 8 cahaya mata ini. Pemergiannya sangat memilukan dan menyedihkan seluruh keluarga ini. Ini menambahkan lagi pilu, apabila pemergiannya tidak di ketahui penyakit yang dihidapi menyebabkan kematiannya. Walaupun sedih akan kematian isteri tercinta, namun Omar Embong tetap redha dan tabah meneruskan hidup beliau dengan baik8.
            Selepas setahun kematian isteri beliau, dengan sifat kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau kerana telah menjadi Ketua Cawangan UMNO Kampung Kubang Tangga selama 25 tahun. Lantas pada tahun tersebut beliau telah terpilih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Kampung Kubang Tangga. Beliau telah diberi kepercayaan oleh penduduk untuk memimpin kampung ini. Beliau telah mengantikan Haji Salleh Che Ning kerana telah lanjut usia. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi JKKK dari tahun 2000 hingga tahun 2013. Dalam tempoh pemerintahan beliau, berbagai sumbangan yang telah disumbangkan oleh beliau. Bukan itu sahaja, berbagai kejayaan dan kamajuan yang telah dicapai oleh kampung ini. Hal ini telah mengambarkan harapan yang menjadi sandaran ayah beliau untuk melihat anaknya menjadi berjaya pada suatu hari nanti telah berhasil.

 Jawatan Lain Yang Disandang Sepanjang Pemerintahan
Selain itu, beliau mula berkecimpung dalam bidang pentadbiran dan pengurusan bagi Kampung Kubang Tangga pada tahun 1998 apabila beliau di lantik sebagai Naib Pengerusi JKKK bagi kampung ini dan juga telah menjadi Ketua Cawangan UMNO Kampung Kubang Tangga sejak 25 tahun9. Dan selepas terserlah sifat kepimpinan dalam diri beliau sepanjang beliau memegang jawatan tersebut, beliau dilantik menjadi Pengerusi JKKK oleh suara majoriti penduduk kampung pada tahun 2000.
            Bermula pada tahun 2000, beliau menjalankan tugas sebagai Pengerusi JKKK. Dan sejak itu, pelbagai tugas yang perlu dipikul dan menjadi tanggungjawab beliau dalam menjadikan kampung ini menjadi sebuah kampung yang berjaya. Selain itu, bukan sahaja jawatan sebagai pengerusi JKKK sahaja menjadi tanggungjawab beliau, tetapi sejak beliau dilantik memegang jawatan itu, berbagai jawatan telah dipertanggungjawab keatas bahu beliau. Jawatan yang disandang oleh beliau selain menjadi Pengerusi JKKK adalah beliau dilantik sebagai Ketua Cawangan UMNO bagi Kampung Kubang Tangga yang terus disandang oleh beliau selepas beliau memegang jawatan tersebut sejak 25 tahun. Dan beliau telah berjaya menggalas jawatan dengan baik.
Selain itu, jawatan yang di sandang oleh beliau juga adalah menjadi Penasihat Masjid Lama Kampung Sungai Rengas. Walaupun masjid ini bukanlah berada di dalam Kampung Kubang Tangga, namun beliau tetap dipilih oleh pihak pengurusan masjid. Hal ini kerana bagi memudahkan segala perkara yang berkaitan dengan jawatan beliau10. Selepas itu, beliau juga memegang jawatan bagi bidang pendidikan iaitu beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Nilam bermula pada tahun 2003 bersamaan tahun pembukaan sekolah ini. Dan pada tahun tersebut juga, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Unit Peladang Kampung Kubang Tangga. Selain jawatan itu, beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Seni Silat Cekak Sembilan Pendekar Taib11. Dan disebalik jawatan-jawatan yang disandang itu dan juga usaha beliau telah menjadikan kampung ini menjadi sebuah kampung yang berjaya tidak kira dari bidang politik, sosial, pendidikan dan lain-lain lagi.
 
 Sumbangan Omar Embong
            Oleh itu, terdapat banyak sumbangan yang telah disumbangkan beliau kepada penduduk serta kepada kemajuan Kampung Kubang Tangga. Dan disebabkan kerana sifat kepimpinan yang tinggi berada didalam diri Omar Embong telah membawa pelbagai kejayaan dan juga kemajuan yang telah dicapai oleh kampung ini. Dan ini juga dibuktikan lagi dengan sejarah bahawa seorang pemimpin yang cemerlang dan bukan hanya memandang kebendaan akan membawa kesejahteraan kepada golongan yang dipimpin. Dan sejak Omar Embong dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Kubang Tangga, beliau telah membawa perubahan yang besar disamping pelbagai penambahbaikan kepada kampung ini.
            Sejak pelantikan itu, beliau telah melakukan penambahbaikan yang besar dari segi infrastruktur kampung. Antara penambahbaikan tersebut adalah beliau telah meminta bantuan kerajaan dan telah berjaya untuk membaiki jalan kampung yang kebanyakan sepanjang jaringan jalan kampung ini adalah masih belum berturap tar. Selain itu, bukan sahaja jalan ini dibaiki, tetapi ada diantara jalan yang baru dibina dan kesemua jalan ini dapat menghubungkan semua rumah penduduk. Dan sepanjang pemerintahan beliau, sebanyak dua kali jalan kampung ini di baiki dan di baikpulih12. Dan menurut beliau, kerja ini dilakukan secara gotong royang sesama penduduk kampung13.
            Selain itu, bukan sahaja kemudahan jalan bertar, beliau juga menambahbaik sistem perparitan di Kampung Kubang Tangga dengan melebarkan dan mendalamkan parit di kampung ini. Hal ini kerana, sistem perparitan sangat penting bagi kampung ini, hal ini demikian kerana sebahagian kampung ini adalah kawasan sawah padi. Selain itu, beliau lebih memahami perasaan penduduk yang menginginkan sistem pengairan yang baik bagi pertanian mereka kerana beliau juga adalah seorang pesawah. Hal ini juga telah dimudahkan lagi kerana beliau juga memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Unit Peladang Kampung Kubang Tangga. Selain itu, dengan jawatan yang disandang oleh beliau ini telah membantu penduduk yang memerlukan bantuan untuk kegunaan pertanian tidak kira dari segi kewangan dan sebagainya akan menjadi lebih mudah kerana beliau akan terus berhubung dengan pihak Pertubuhan Peladang. Tambahan pula, dengan sifat beliau yang tidak berasa jemu untuk menolong penduduk kampung menyebabkan penduduk menjadi lebih mudah untuk mendekati beliau jika sama ada menghadapi masalah ataupun tidak14.
            Tambahan pula, golongan muda juga tidak terkecuali untuk menikmati kemudahan dan kemajuan. Oleh itu, bagi golongan muda semestinya disediakan dengan kemudahan untuk bersukan, hal ini kerana golongan ini mampu ditarik dengan sukan. Dan dengan kemudahan sukan bukan sahaja disediakan kepada golongan muda tetapi kepada semua penduduk. Oleh itu, beliau telah banyak melakukan penambahbaikan kepada insfrastruktur sukan dengan objektif utama bagi menambah kesedaran warga kampung tentang kebaikkan bersukan. Oleh itu, banyak insfrastuktur sukan telah dibina dan dibaikpulih dibawah pimpinan beiau sewaktu beliau menjadi Pengerusi JKKK. Antaranya adalah dengan membaiki semua gelanggang serba guna yang dulunya hanya dapat digunakan untuk sukan tertentu sahaja seperti  badminton dan sepak takraw. Dan oleh sebab itu, pelbagai sukan yang dapat dimainkan. Selain itu, dengan kemudahan tersebut, pelbagai kejohanan yang telah dianjurkan dengan mengunakan kemudahan tersebut seperti perlawanan badminton, dan sebagainya. Tambahan pula, dengan penambahbaikan ini adalah bertujuan untuk memberi galakan kepada semua lapisan masyarakat untuk bergiat aktif dalam sukan bagi melahirkan generasi yang sihat15.
Selain itu, ketika beliau di ajukan pertanyaan mengenai sumbangan lain yang telah dilakukan oleh beliau, pada mulanya beliau segan untuk menceritakan tetapi kerana beliau tidak memandang persoalan tersebut adalah untuk menaikkan nama beliau tetapi memandang itu adalah untuk menjadi teladan kepada pemimpin selepas beliau. Oleh itu, pelbagai sumbangan yang telah dicurahkan oleh beliau antaranya adalah bantuan baucer persekolahan yang berupa wang ringgit kepada penduduk yang kekurangan kewangan semasa anak-anak memulakan persekolahan. Selain baucer tersebut, bantuan berupa barangan persekolahan seperti beg sekolah, seragam sekolah dan sebagainya turut diberi kepada penduduk yang memerlukan16.
Bagi program keagamaan pula, beliau yang juga sebagai Penasihat Masjid Lama Kampung Sungai Rengas telah memudahkan lagi untuk menyediakan santapan rohani kepada penduduk. Oleh itu, beliau telah mengadakan dan telah menjemput ramai penceramah serta ahli agama untuk mengajar di masjid tersebut. Selain itu, beliau juga telah mengusulkan untuk mengadakan Kelas Asas Fardhu Ain (KAFA) untuk diadakan di kampung ini kepada Yayasan Islam Terengganu (YIT). Usul ini telah diterima dan kelas ini telah diadakan sebanyak 3 kali seminggu yang di ajar oleh tenaga pengajar yang telah dipilih oleh YIT yang juga terdiri daripada penduduk kampung ini yang bertempat dibalai raya kampung. Dan program-program yang telah diadakan bertujuan memelihara agama Islam sebagai agama rasmi negara di samping memelihara keharmonian beragama  dalam masyarakat17.
Selain itu, bantuan juga diberikan kepada penduduk yang memerlukan seperti bantuan kepada keluarga yang mengalami masalah kewangan untuk membaikpulih rumah, beliau juga akan meminta bantuan dari kerajaan dari segi kewangan dan ada juga bantuan dari segi bahan binaan untuk membaikpulih rumah penduduk. Selain itu, jika kampung mengalami ribut, semestinya ada di antara rumah penduduk yang akan mengalami masalah seperti bumbung bocor dan sebagainya, dan jika masalah itu besar seperti atap rumah rosak, beliau memberi bantuan atap kepada mangsa. Selain itu, pelbagai lagi sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau kepada penduduk sama ada golongan muda dan  tua18.

 Ciri-Ciri Kepimpinannya
            Omar Embong menjadi satu nama yang penting kepada Kampung Kubang Tangga. Hal ini demikian kerana, beliau telah membawa banyak perubahan serta kemajuan kepada kampung ini. Kejayaan ini telah dapat dinikmati oleh semua penduduk kerana sifat dan ciri-ciri kepimpinan yang ada dalam diri beliau sehingga beliau dilantik oleh penduduk untuk memimpin mereka sepanjang tahan 2000 hingga 2013.
            Menurut penduduk, terdapat beberapa sebab mengapa beliau terus dilantik untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi JKKK. Antaranya, ciri kepimpinan yang ditunjukkan adalah beliau adalah seorang yang adil kepada semua penduduk. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau mengagihkan bantuan, beliau tidak pernah pilih kasih kepada penduduk seperti memilih penerima bantuan berdasarkan politik penerima dan beliau akan memberi kepada yang benar-benar layak menerima. Tambahan pula, beliau akan meneliti dengan baik agar semua penduduk yang memerlukan bantuan menerima bantuan yang di bahagikan19.
            Selain itu, beliau juga memiliki ciri kepimpinan yang baik antaranya adalah beliau seorang yang penyabar. Hal ini demikian kerana, dalam menjadi pemimpin semestinya ada antaranya yang tidak menyukai beliau. Oleh itu pelbagai masalah dan tentangan yang telah dilalui oleh beliau antaranya ancaman berbentuk amaran surat layang di rumah beliau, dan ada juga pernah beliau di hina oleh segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab. Walaupun beliau menghadapi pelbagai masalah dan dugaan sepanjang memegang jawatan tersebut, beliau tetap sabar dan bertahan dengan pelbagai dugaan yang di hadapi20.
            Tambahan pula, ciri kepimpinan yag telah ditunjukkan oleh beliau juga adalah beliau seorang yang bijak. Walaupun beliau bukanlah seorang yang berjaya dalam pelajaran, tetapi beliau bijak mengatur strategi untuk menjadi kampung tersebut menjadi sebuah kampung yang berjaya. Antaranya adalah beliau tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan tetapi mengambil yang penting terlebih dahulu. Contohnya, terdapat usul yang telah dicadangkan oleh penduduk untuk membina perhentian bas, namun beliau lebih memilih untuk membaiki balai raya untuk kegunaan pelajar KAFA. Selain itu, beliau juga bijak melaksanakan hasrat dan dasar-dasar kerajaan serta menyampaikan kepada penduduk dengan baik dan juga bijak menjalinkan kerjasama antara kampung berdekatan dan memberi khidmat kebajikan kepada semua penduduk21.
            Tambahan pula, ciri lain yang ditunjukkan oleh beliau ketika memegang jawatan tersebut adalah beliau seorang yang bertanggungjawab. Hal ini dapat dibuktikan dengan sifat beliau yang tidak pernah meninggalkan dan melewatkan kerja beliau. Selain itu, apabila beliau ingin mengadakan mesyuarat, beliau sendiri yang akan turun padang untuk memanggil seluruh ahli ke mesyuarat dan beliau juga akan menghadiri semua mesyuarat-mesyuarat yang berkaitan dengan kampung tidak kira di peringkat mukim, daerah mahupun negeri. Tambahan pula, beliau sangat bertanggungjawab dalam melaksanaknan tugas beliau sebagai Pengerusi JKKK dan juga bertanggungjawab untuk mengetuai, merancang dan juga menyelaras Pelan Tindakan Kemajuan dan Keselamatan Kampung mengikut keutamaan pada masa tertentu22.
            Oleh itu, pelbagai ciri kepimpinan yang ditunjukkan oleh beliau sehingga beliau diberi kepercayaan oleh penduduk kampung sepanjang tahun 2000 hingga 2013 untuk menjadi Pengerusi JKKK Kampung Kubang Tangga.
 
Harapan Omar Embong
            Ketika beliau ditanya akan harapan beliau selepas ini, dalam keadaan matanya yang seakan-akan kebasahan, dan dalam keadaan hiba beliau menjawab. Pertamanya, beliau memberi harapan kepada  pemimpin yang akan akan dipilih selepas ini adalah lebih baik daripada beliau, hal ini kerana menurut beliau, banyak lagi kelemahan yang dilakukan oleh beliau sepanjang memegang jawatan tersebut23.
            Selain itu, beliau juga berharap agar pemimpin yang akan dipilih selepas beliau melakukan semua kerja adalah kerana Allah, hal ini kerana tanpa Allah segala yang dirancang tidak akan berhasil serta kerja yang akan dilakukan akan mendapat keberkatan. Dan beliau berharap agar pemimpin yang dipilih bukan hanya memandang kebendaan, namun memandang akan sumbangan yang dicurahkan kepada penduduk kerana ia akan memakan diri sendiri24.
Dan harapan beliau yang terakhir adalah beliau tidak mengharapkan jasa beliau dikenang, tetapi berharap penduduk dan pemimpin kampung ini pada masa depan menjadikan ia satu pengajaran serta contoh teladan dalam menjadikan Kampung Kubang Tangga sebagai sebuah kampung yang berjaya dalam pelbagai bidang25.


Kesimpulan
            Tuntasnya, kajian ini telah menghuraikan tentang latar belakang dan riwayat hidup Omar Embong sebelum dan selepas dilantik sebagai Pengerusi JKKK Kampung Kubang Tangga dengan lebih terperinci. Seterusnya, ini juga menjelaskan tentang penglibatan beliau dalam bidang pentadbiran sebelum dan selepas memegang jawatan beliau. Selain itu, kajian ini juga menjelaskan sumbangan dan ciri-ciri kepimpinan yang  telah ditunjukkan oleh beliau sepanjang memegang jawatan beliau menyebabkan beliau tetap dipilih oleh penduduk. Oleh itu, sumbangan Omar Embong memberikan banyak panduan dan telah membuka minda masyarakat untuk memahami erti perjuangan dan melakukan sesuatu perkara berdasarkan landasan perjuangan yang sebenar. Dan akhir sekali, ini perlulah diambil iktibar khususnya kepada generasi muda pada masa kini supaya membentuk generasi yang bersikap positif dan mempunyai semangat yang kental dalam melakukan sesutu perkara.

  


 BIBLIOGRAFI
1. Al Ghazali, 2011, Abu Zhar Al-Ghifari Pembela Golongan Miskin, Kuala Lumpur,PTS Litera Utama Sdn. Bhd
2. Awang Bin Ali, Temubual, (26/3/2014) di Kampung Kubang Tangga.
3. Chik Bin Ali, Temubual, (5/3/2014) di Kampung Kubang Tangga.
4. Mohd Arif Azri Bin Omar, Temubual, (26/2/2014) di Kampung Kubang Tangga
5. Omar Bin Embong, Wawancara, (15/1/2014, 4/2/2014, 25/3/2014) di Kampung Kubang Tangga.
6. Zakema Binti Muda, Temubual, (30/1/2014, 5/2/2014) di Kampung Kubang Tangga.
7. Zulkifli Mohd. Yusoff, Noor Naemah Abd. Rahman, 2012, Perjalanan Hidup Seorang Nabi, Kuala Lumpur, PTS Islamika Sdn. Bhd

Komentar

  1. Boleh tak ceritakan tentang Kampung Kubang Tangga dengan lebih jelas.
    1. menjelaskan latar belakang
    2. menerangkan pembentukan dan perkembangan masyarakat setempat
    3. menghuraikan kegiatan sosioekonomi masyarakat setempat
    4. menilai dan menganalisis semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat setempat

    BalasHapus

Posting Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU