HAJI ABAS ADAM ---Tokoh Kraftangan Pasir Simpul, K. Berang
HAJI
ABAS ADAM ---Tokoh Kraftangan Pasir Simpul,
K. Berang- Catatan Ansyy
PENGENALAN
Malaysia sekarang mengalami arus
kemodenan yang sangat pesat tetapi terdapat juga segelintir masyarakat yang
menggunakan barangan tradisional. Di Malaysia, dunia sosial telah melahirkan ramai
tokoh kraf tangan yang berjaya dalam pelbagai jenis kraf tangan. Antaranya
ialah Hajah Azizah binti Mohd Yusof (Kraf tekatan), Puan Lim Swee Kim (Kraf
sulaman nyonya), Puan Hajah Zainab@Ngah binti Mamat (Kraf tenunan songket),
Encik Salleh bin Mohd (Kraf pertukangan tembaga) dan sebagainya. Mereka telah
banyak mengharumkan nama nagara di peringkat antarabangsa. Generasi baru dalam
bidang ini wujud dan meneruskan perjuangan mereka dalam menghasilkan kraf
tangan – kraf tangan supaya tidak dilupakan oleh masyarakat yang ditelan
kemodenan yang pesat menbangun sekarang.
Oleh itu, wujud tokoh seni kraf
tangan yang baru, iaitu Haji Abas Adam. Beliau dilahirkan di Kampung Durian Hijau, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan
pada 19 Disember 1929. Beliau mempunyai 13 orang anak dimana lima orang dengan
isteri yang terdahulu. Selepas isteri pertamanya meninggal dunia, beliau
berkahwin dengan perempuan lain dan dianugerahkan lima orang anak dan selepas
kematian isteri yang kedua, beliau berkahwin dengan janda kawan baik beliau
sendiri dan telah dikurniakan empat orang anak. Haji Abas Adam bersama dengan
isteri yang ketiga, Timoh Sidek telah hidup dengan bahagia sehingga sekarang.
Beliau
merupakan seorang tokoh kraf tangan yang menghasilkan barangan menangkap ikan
seperti Bubu, Serkap dan Tangkut. Selain itu, beliau juga menghasilkan alat
tradisonal untuk menapis beras seperti Nyiru dan sebagainya. Beliau mempelajari
untuk menghasilkan kraf tangan ini daripada ayahnya yang bernama Adam. Beliau
telah diajar oleh ayahnya ketika beliau berumur 6 tahun lagi. Beliau telah
diberi amanah oleh ayahnya untuk mencari,mengajak dan memberi didikan kepada
masyarakat yang berbakat dalam bidang ini bagi meneruskan legasi ini agar tidak
lapuk dek zaman yang pesat membangun ini. Beliau telah berjaya mempelajari seni
kraf tangan daripada ayahnya sehingga beliau telah menarik minat Majalah 3
untuk menemuabual beliau. Selain itu, sekarang beliau telah mempunyai satu
gerai khas untuk meletakkan hasil seni kraf tangan yang dihasilkan untuk dijual.
Dari pelbagai negeri seperti Pahang, Johor, Kuala Lumpur, Cameran Highland dan
sebagainya telah membeli hasil seni kraf tangan beliau, bukan sahaja untuk
digunakan tetapi untuk hiasan rumah kerana penghasilan yang dibuat sangat halus
dan unik. Bukan sahaja dari dalam negara bahkan ada daripada luar negara
sanggup ke rumahnya untuk membeli dan mengetahui cara – cara untuk
melakukannya. Sekarang,beliau telah berjaya.
KEHIDUPAN
HAJI ABAS ADAM
Adam Abdullah merupakan seorang
pembuat kraf tangan yang terkenal di Kampung Durian Hijau, Ketereh, Kota Bharu,
Kelantan. Beliau telah berkahwin dengan seorang janda yang bernama Rogayah Ali.
Selepas beberapa bulan mereka berkahwin, mereka telah dikurniakan seorang anak
lelaki yang diberi nama Abas Adam1. Haji Abas Adam dilahirkan pada
19 September 1929 di Kampung Durian Hijau, Ketereh, Kota Bharu, Kelantan2.
Beliau dibesarkan oleh kedua - dua ibubapanya dengan penuh kasih sayang
walaupun, Rogayah Ali mempunyai dua anak perempuan hasil perkahwinannya dengan
suami pertamanya, beliau tetap memberi kasih sayang yang sama rata tanpa ada
sekelumit perbezaan. Haji Abas Adam merupakan anak yang rapat dengan bapanya,
Adam Abdullah walaupun bapanya digelar ‘singa’ oleh adik – beradik bapanya
kerana ketegasan dan kegarangan beliau3. Setiap kali bapanya
bekerja, beliau turut serta. Adam Abdullah bekerja sebagai pembuat kraf tangan
di kedai yang didirikan daripada hasil titik peluh beliau sendiri, iaitu dengan
hasil jualan kraf tangan yang dihasilkannya sendiri seperti Bubu catup, Nyiru,
Tangkup, Serkap dan sebagainya. Isterinya, Rogayah Ali sentiasa menolongnya di
kedai4, tetapi sejak isteri beliau disahkan menghidap penyakit
kencing manis, isterinya hanya berehat di rumah bersama anak – anak
perempuannya. Dan sekarang, anak lelaki tunggalnya, Haji Abas Adam yang
membantu beliau di kedai. Haji Abas Adam telah menunjukkan minat yang mendalam
terhadap pembuatan seni kraf tangan ini. Haji Abas Adam cepat belajar dari
bapanya. Beliau hanya mengambil masa selama sebulan untuk mempelajari seni kraf
tangan dengan mahir5.
Pada tahun 1944, iaitu ketika Haji
Abas Adam berumur 15 tahun. Ibunya, Rogayah Ali meninggal dunia kerana penyakit
kencing manis yang dialaminya sudah ditahap kritikal. Ibunya menghembus
nafasnya ketika Haji Abas Adam sedang solat subuh berjemaah bersama bapa dan
dua orang adik tirinya. Beberapa bulan selepas itu, bapanya, Adam Ali telah
mengambil keputusan untuk berhijrah ke Kuantan. Adam Ali telah membawa ketiga –
tiga anaknya berhijrah ke Kuantan, iaitu di Kampung Paya Rambutan, Kuantan,
Pahang. Di situ, Adam Ali telah membuka sebuah gerai yang menjual pelbagai seni
kraf tangan buatan beliau dan anak lelaki tunggal beliau iaitu Haji Abas Adam.
Selain itu, Adam Ali telah mengambil tiga orang pekerja iaitu dua orang lelaki
dan seorang perempuan. Selepas beberapa bulan mereka menetap di Kampung Paya
Rambutan, pada tahun 1945, Adam Ali telah mengambil keputusan untuk berkahwin
dengan jirannya, Semek Hitam yang banyak membantu beliau. Hasil perkongsian beliau
dengan Semek Hitam, beliau telah memdapat dua orang anak lelaki dan tiga orang
anak perempuan6.
Pada tahun 1950, bapa Haji Abas Adam
telah menghembuskan nafas terakhirnya di Kampung Paya Rambutan di ribaan
isterinya, Semek Hitam kerana sakit tua. Selepas beberapa bulan menguruskan
gerai bapanya, beliau meminta izin emak tirinya, semek Hitam untuk berhijrah ke
Terengganu bersama kawan baiknya, Ghani Mahmud. Pada tahun 1950, Haji Abas Adam
berhijrah ke Terengganu bersama kawan baiknya. Mereka menetap di Kampung Chapu,
Kuala Berang iaitu kampung kedua ibubapa Ghani Mahmud7.
Haji Abas Adam merupakan keluarga
yang tidak begitu berharta walaupun bapanya ketika itu merupakan pembuat seni
kraf tangan. Beliau hanya belajar daripada kedua – dua kakak tirinya di mana
kedua – dua kakak tirinya bersekolah. Selepas habis sesi persekolahan, kakak –
kakak tirinya akan mengajar beliau membaca dan menulis. Beliau tidak bersekolah
kerana beliau semasa kecil merupakan seorang yang cepat gementar apabila berada
di khalayak ramai. Oleh kerana itu, beliau tidak begitu mempunyai ramai kawan –
kawan dan beliau hanya membantu bapanya membuat seni kraf tangan tersebut.
Selain itu, pada setiap malam, beliau akan di hantar oleh bapanya ke rumah
datuknya yang merupakan seorang imam di kampung tersebut untuk belajar mengaji
Al – Quran. Tetapi, pada tahun 1941, ketika beliau berumur 12 tahun, beliau di
hantar ke pondok untuk belajar selama empat bulan. Pada mulanya, beliau
menangis kerana tidak mahu pergi tetapi dengan ketegasan bapanya ketika itu,
beliau terpaksa ke pondok tersebut dan belajar di situ selama empat bulan. Di
situlah beliau bertemu dengan salah seorang sahabatnya yang bernama Ghani
Mahmud8.
KEHIDUPAN BERUMAHTANGGA HAJI ABAS
Di Terengganu, Haji Abas Adam telah
bekerja sebagai pengecat rumah untuk menyara kehidupannya. Selepas beberapa
minggu menetap di Terengganu, ketika beliau berumur 21 tahun beliau telah
berkahwin dengan seorang gadis iaitu merupakan anak kepada bilal di Kampung
Chapu9.
Pada mulanya, ayah mentuanya tidak
mengizinkan beliau untuk berkahwin dengan anak gadis tunggalnya itu. Tetapi
dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh Haji Abas Adam bagi memperisterikan
anaknya, telah membuka hatinya untuk menerima Haji Abas Adam sebagai menantunya10.
Pada hujung tahun 1950, Haji Abas Adam telah berkahwin dengan Tun Rohani Tun
Kiran dengan majlis yang sederhana. Selama hidup bersama dengan Tun Rohani Tun
Kiran selama 6 tahun, beliau telah dianugerahkan lima orang anak di mana tiga
orang lelaki dan dua orang perempuan11. Tetapi malangnya, ketika
Haji Abas Adam berumur 27 tahun pada tahun 1956, isterinya Tun Rohani Tun Kiran
dan anak bongsu mereka telah kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Kesan peristiwa tersebut, Haji Abas Adam sangat kecewa dan sedih kerana isteri
yang amat disayangi telah meninggal dunia. Dalam tempoh beberapa bulan, beliau
sangat tidak terurus dan anak – anak beliau dijaga oleh keluarga mentuanya.
Ayah mentuanya berasa kasihan terhadap menantunya, dan beliau telah mencari
calon isterinya untuk menantunya itu. Pada mulanya, Haji Abas Adam tidak
menerima cadangan bapa mentuanya tetapi kerana mengenang jasa bapa mentuanya,
beliau bersetuju untuk berkahwin dengan anak saudara bapa mentuanya12.
Isteri kedua beliau ini merupakan
seorang yatim piatu kerana kedua ibubapanya telah meninggal dunia ketika berada
di Mekah ketika mereka menunaikan ibadat haji. Perkahwinan kedua ini telah
mengurniakan permata hati seramai lima orang, di mana empat orang adalah
perempuan dan selebihnya adalah lelaki. Isteri kedua beliau ini merupakan anak
orang kaya di mana dia merupakan seorang anak tunggal dalam keluarga. Sebelum
ibubapanya berangkat ke Mekah untuk menunaikan haji, bapanya telah mewasiatkan
agar menjaga sebuah banglo kepada Hasmah Yatim, iaitu isteri kedua Haji Abas
Adam13. Hasmah Yatim dan Haji Abas Adam telah bersetuju untuk
menjadikan banglo itu sebagai kedai kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau
sendiri, manakala di tingkat dua dijadikan kelas untuk mempelajari seni kraf
tangan dan beliau sendiri yang menjadi gurunya14. Hal ini kerana,
sebelum bapanya Adam Ali meninggal dunia, beliau sempat mewasiatkan kepada Haji
Abas Adam agar mencari, mengajak dan memberi didikan kepada masyarakat untuk
membuat kraf tangan tersebut agar tidak lapuk dek zaman15.
Selain itu, anak – anak hasil
perkongsian dangan isteri pertama beliau Tun Rohani Tun Kiran, bergilir – gilir
dijaga oleh keluarga mentuanya dengan isteri barunya. Keluarga mentua dan
isteri banyak menbantu beliau dalam menguruskan kedai itu. Anak – anak beliau
juga sentiasa menolong beliau menguruskan kedai tersebut. Dalam tempoh beberapa
bulan, perniagaan Haji Abas Adam semakin maju dan diterima penduduk kampung
sekitar2. Tetapi malang berlaku ke atas Haji Abas Adam dan
keluarganya. Pada tahun 1975, ketika beliau berumur 46 tahun, kedai yang
diusahakan itu telah terbakar hangus kerana hasad dengki seorang penduduk
kampung seberang kampung yang mencemburui kehidupan Haji Abas Adam. Isteri dan
anak perempuan bongsu hasil perkahwinan mereka yang ketika itu berada di dalam
kedai turut terbakar dan meninggal dunia sebelum sempat di bawa ke hospital16.
Selepas kejadian itu, Haji Abas Adam ingin berhijrah ke negeri lain, tetapi
bapa mentuanya, Tun Kiran tidak membenarkan beliau berhijrah meninggalkan
anaknya yang ramai ketika itu. Hal ini kerana Tun Kiran dan isterinya sudah
semakin tua untuk menjaga cucu – cucu mereka walaupun cucu – cucu mereka itu
sudah ada yang semakin dewasa17.
Haji Abas Adam mempunya dua orang
kawan baik di mana seorang sahabatnya yang bernama Dolah Maman telah meninggal
dunia dan telah mewasiatkan agar beliau berkahwin dengan isteri Dolah Maman
yang sebatang kara yang hanya bergantung harap terhadap suaminya, Dolah Maman
ketika hayatnya. Haji Abas Adam bersetuju berkahwin dengan isterinya kerana
Dolah Maman semasa hayatnya banyak membantu beliau. Selepas Timoh Sidek tamat
tempoh iddahnya, Haji Abas Adam berkahwin dengannya dan mereka hidup bersama
dengan anak – anak Timoh Sideh dengan Dolah Maman yang seramai tiga orang dan
anak – anak Haji Abas Adam dengan isteri – isteri yang terdahulu. Perkahwinan
beliau kekal sehingga sekarang dan mereka telah dikurniakan empat orang anak.
Di samping itu, Haji Abas Adam telah membuka sebuah gerai yang menjual hasil
seni kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau dengan dibantu oleh isterinya,
Timoh Sidek. Selain itu, anak – anak Haji Abas Adam yang lain hasil perkongsian
dengan isteri – isteri terdahulu, kebanyakan bekerja di luar negeri dan ada
yang hanya bekerja di kampung. Kehidupan beliau dengan Timoh Sidek sangat
bahagia sehingga sekarang18.
SUMBANGAN
DAN KEJAYAAN HAJI ABAS
Haji
Abas Adam menceburkan diri dalam bidang seni kraf tangan ini ketika beliau
masih kecil lagi iaitu ketika beliau berumur 12 tahun. Beliau sudah menunjukkan
minat yang mendalam dalam menghasilkan seni kraf tangan ini. Beliau belajar
membuat kraf tangan – kraf tangan seperti Bubu catup, Nyiru, Tangkup, Serkap
dan sebagainya daripada bapanya, Adam Ali yang merupakan seorang yang mahir
dalam menghasilkan kraf tangan – kraf tangan tersebut. Beliau belajar daripada
bapanya sehingga mahir19. Dengan menceburkan diri dalam bidang seni
kraf tangan ini yang kurang di pandang oleh masyarakat, tetapi beliau tetap
memberi banyak sumbangan sehingga masyarakat sekarang boleh membuka mata mereka
bahawa bidang seni kraf tangan ini perlu di beri perhatian juga kerana ia amat
penting dalam warisan sesebuah negara20.
Antara
sumbangan Haji Abas Adam dalam menceburkan diri dalam bidang seni kraf tangan
ini ialah beliau telah menaikkan nama Kampung Chapu di samping menaikkan Negeri
Terengganu, seterusnya Negara Malaysia. Pada tahun 2012, Penerbit Rancangan Panorama
TV1 telah menemui Haji Abas Adam bagi menemu ramah beliau tentang seni kraf
tangan tersebut yang telah menarik perhatian pelancong dari luar negara mahupun
luar negeri untuk membelinya21.
Selain
itu, beliau juga telah menaikkan sektor pelancongan terutama di Negeri
Terengganu. Ramai pelancong dari luar negara dan luar negeri seperti Australia,
Itali, Mongolia, Cameran Highland, Pahang, Johor, Kuala Lumpur dan sebagainya
datang ke Terengganu semata – mata untuk membeli hasil kraf tangan – kraf
tangan yang dihasilkan oleh Haji Abas Adam sendiri22. Hal ini
kerana, kraf tangan – kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau sangat unik dan
beliau merupakan seorang yang sangat teliti ketika membuat kraf tangan tersebut23.
Bapanya,
Adam Ali sebelum meninggal dunia telah mewasiatkan kepada Haji Abas Adam supaya
jangan kedekut ilmu sekiranya ada orang yang mahu belajar untuk menghasilkan
kraf tangan ini. Hal ini kerana, bapanya mahu mengekalkan seni warisan kraf
tangan ini. Beliau tidak lupa wasiat daripada bapanya sehingga sekarang24.
Oleh itu, sumbangan beliau ialah beliau memberikan latihan dan bimbingan kepada
kumpulan pelapis bagi mengekalkan seni warisan ini. Pelatih beliau terdiri dari
seluruh negara. Di samping itu, beliau juga memberi tunjuk ajar untuk
menghasilkan seni kraf tangan ini kepada para pelancong yang ingin mengetahui
cara – cara penghasilannya yang datang ke rumahnya di Kampung Chapu25.
Walaubagaimanapun sekarang beliau tidak begitu aktif lagi untuk menghasilkan
kraf tangan – kraf tangan ini. Hal ini kerana, usia beliau semakin meningkat
tua dan beliau sering mengalami sakit – sakit26.
CABARAN
CABARAN
Haji
Abas Adam merupakan seorang yang dikenali oleh penduduk kampung sebagai seorang
yang tidak mudah berputus asa. Beliau tidak mudah berputus asa walaupun
kedainya telah terbakar. Beliau tetap meneruskan usahanya dan beliau telah
membina sebuah gerai baru untuk menjual kraf tangan tersebut walaupun tidak
sebesar kedai yang terdahulu dan beliau bersama – sama isterinya, Timoh Sidek
telah mengusahakan gerai itu27.
Selain
itu, beliau sanggup bangun awal pagi untuk ke hutan mencari barang – barang
bagi menghasilkan kraf tangan – kraf tangan tersebut seperti buluh, rotan, akar
kayu dan sebagainya. Pelbagai dugaan telah dialami di hutan, antaranya beliau
sesat selama dua hari, ditangkap oleh orang asli dan sebagainya. Tetapi beliau
tetap tidak mudah berputus asa bahkan beliau lebih bersemangat. Dan sekarang,
apa yang dialaminya telah menghasilkan kejayaan sehingga beliau menjadi
terkenal28.
Di
samping itu, beliau dan isterinya telah mengusahakan sebuah tanah yang
ditinggalkan oleh bapa mentua beliau dengan bercucuk tanam pelbagai sayur –
sayuran dan buah – buahan, dan mereka menjual hasil daripada tanaman tersebut
di pasar bagi mendapat keuntungan. Dengan keuntungan itu, beliau menggunakan
untuk membeli alat – alatan bagi menghasilkan kraf tangan – kraf tangan seperti
syelek, vanish, pisau raut dan sebaginya2. Ketika kehidupan susah
dahulu, isterinya Timoh Sidek banyak membantunya. Dia sanggup berjaga malam
untuk membuat kuih – muih bagi menjualnya pada setiap pagi, dan untung yang
diperolehi akan diberikan kepada suaminya, Haji Abas Adam. Selain itu, pada
setiap hujung minggu, Haji Abas Adam bekerja sampingan sebagai pengecat rumah,
dan beliau hanya memperoleh upah hanya RM6 setiap rumah yang dicat oleh beliau29.
KESIMPULAN
Haji
Abas Adam ialah merupakan seorang tokoh yang merupakan seorang yang mempunyai
jiwa kesenian sejak dari kecil lagi. Beliau mahu seni kraf tangan yang dihasilkan
bakal memjadi warisan turun - temurun. Beliau tidak mahu seni kraf tangan itu
akan lapuk dek zaman yang semakin maju ini. Harapan beliau terhadap anak – anak
muda, beliau mahu mereka tidak meminggirkan warisan seni kraf tangan ini. Katanya, “ Manusia sekarang sudah semakin
melupakan seni kraf tangan, mereka berfikiran seni kraf tangan ini tidak
penting dalam kehidupan. Padahal seni kraf tangan ini ada yang merupakan
warisan seni yang harus disimpan untuk anak – anak yang mendatang tahu akan warisan
ini”. Selain itu, beliau berharap ada anak – anak muda dari Terengganu ingin
belajar mengenai kraf tangan ini supaya ada anak waris dari Terengganu.
Seterusnya, Haji Abas Adam merupakan seorang sangat mahir dalam menghasilkan
seni kraf tangan yang pelbagai. Di samping itu, beliau juga menabur bakti
kepada Kampung Chapu dengan hasil seni kraf tangan yang dihasilkan oleh beliau
dan mengharapkan anak – anak muda sekarang mempunyai minat terhadap seni kraf
tangan ini yang kurang digemari di kalangan golongan remaja. Dengan kejayaan
yang beliau telah kecapi telah membuatkan rancangan TV1 iaitu Rancangan
Panorama telah berjumpa dan menemual beliau kerana kejayaan beliau.
NOTA
KAKI
Ghani
Mahmud, wawancara, 1 Februari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014
Ghani
Mahmud, wawancara, 1 Februari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 24 Januari 2014
Ghani
Mahmud, wawancara, 1 Februari 2014
Timoh
Sidek, wawancara, 25 Januari 2014
Ghani
Mahmud, wawancara, 7 Februari 2014
Timoh
Sidek, wawancara, 25 Januari 2014
Ghani
Mahmud, wawancara, 7 Februari 2014
Timoh
Sidek, wawancara, 25 Januari 2014
Ghani
Mahmud, wawancara, 7 Februari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014
Timoh
Sidek, wawancara, 25 Januari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014
http://pemuliharaankraf.blogspot.com/2011/06/bicara-tokoh-bersama-adiguru-dan-tokoh.html,
31 Januari 2014
Nur
Ain Syuhada Saras, wawancara, 15 Februari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014
Timoh
Sidek, wawancara, 25 Januari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014
Tengku
Hanifah Syahira Tengku Malik, wawancara, 25 Januari 2014
Haji
Abas Adam, 86 Tahun, wawancara, 25 Januari 2014
Saras
Ali, wawancara, 25 Januari 2014
Timoh
Sidek, wawancara, 25 Januari 2014
Komentar
Posting Komentar