- RAZET NOOR DIN - JERANGAU FELDA




   
 RAZET NOOR DIN JERANGAU FELDA -

PENGENALAN
            Pada tahun 1915, lahirlah seorang tokoh pemimpin yang membuka petempatan di sebuah kampung baharu iaitu Kampung Jerangau. Insan yang dimaksudkan ialah Allahyarham Abu Bakar Bin Hassan. Petempatan baru yang dibuka di Kampung Jerangau mula dibuka apabila Allahyarham Abu Bakar menyusuri Sungai Dungun bagi mencari sebuah kawasan untuk tujuan pertanian. Sesampainya di sebuah sungai yang dikenali sebagai Sungai Jerangau yang mana tempat tersebut dipenuhi Pokok Jeringa, lalu beliau berhenti untuk berehat di tempat tersebut. Sambil berehat, beliau telah  memerhatikan keadaan sekeliling di tempat tersebut. Setelah difikirkan tempat itu sesuai untuk bercucuk tanam, maka beliau pun mengambil keputusan untuk membuka kawasan tersebut. Hari demi hari, tempat tersebut telah didatangi dan diteroka sama oleh kawan-kawan beliau sehingga tempat tersebut telah dijadikan kawasan perkampungan dan dikenali sebagai KAMPUNG JERANGAU sehingga kini. Kampung Jerangau juga dikaitkan dengan penemuan sebuah kawasan yang dipenuhi Pokok Jeringa1. Pokok Jerangau mudah dijumpai dikawasan yang berpaya terutamanya di tepi sungai. Ia merupakan tumbuhan separa berair. Ia mempunyai rizom yang berbau wangi. Rizomnya berbentuk silinder dan diameternya antara 19 hingga 25mm.kulit rizom berwarna coklat muda dengan warna putih didalamya. Bahagian dalamnya berbentuk seperti span. Daunnya tebal dan keras berbentuk seperti pedang. Apabila daunnya dikoyakkan akan terhasil satu bau yang wangi. Jerangau menghasilkan   bunga berwarna kuning kecil yang akan keluar dari ketiak daunnya. Tumbuhan ini jarang mengeluar biji benih dan pembiakan utamanya ialah melalui pecahan rizom2. Daripada sejarah kampung yang dinyatakan, dapatlah diketahui bahawa orang pertama yang membuka petempatan di Kampung Jerangau merupakan waris kepada Pengerusi JKKK Kampung Felda Jerangau3. Sewaktu beliau ditemu bual, Razet Noor Din telah menceritakan asal-usul keluarga beliau daripada warisnya yang membuka petempatan di Kampung Jerangau. Kawasan Jerangau terbahagi kepada beberapa kampung dengan sinonim nama Jerangau seperti Kampung Felda Jerangau, Kampung Jerangau Sungai, Kampung Jerangau Barat, dan Kampung Jerangau. Beliau telah meneruskan legasi keluarga beliau yang kebanyakkan menjadi pepimpim. Lantaran daripada legasi keluarga yang terkenal dengan sifat kepimpinan, maka beliau dilantik untuk menjadi pengurus tadbir kampung atau Pengerusi JKKK4. Razet Noor Din  sebelum dilantik menjadi Pengerusi JKKK Kampung Felda Jerangau telah melakukan pelbagai pekerjaan, antaranya bekerja kampung seperti petani, menangkap ikan sebagai pekerjaan sampingan beliau ketika beliau bekerja kampung. Beliau juga pernah bekerja sebagai penyelia kilang pemprosesan kelapa sawit milik FELDA di Kampung Felda Jerangau Barat 7 tahun5. Sebelum dipilih untuk memegang jawatan tersebut, beliau tidak menetap di Kampung Felda Jerangau sebaliknya menetap di Kampung Felda Jerangau Barat bersama-sama datuk beliau6.
            Latar keluarga beliau sangat berpengaruh dan sering dipilih  menjadi pemimpin sesebuah pentadbiran kampung7, disebabkan itu bapa beliau sangat menitikberatkan soal pelajaran terhadap anak-anaknya. Oleh hal yang demikian, bapa beliau berusaha sedaya upaya untuk  menyediakan alat bantuan pembelajaran anak-anaknya  di sekolah. Hal ini telah dibuktikan dengan kejayaan  beliau yang  telah menduduki peperiksaan SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMKTAI)8.
            Sebelum beliau bermastautin di Kampung Felda Jerangau, beliau tinggal di Kampung Wakaf Tapai bersama ibu bapa beliau9. Setelah mendapat pekerjaan tetap sebagai penyelia kilang di Kampung Felda Jerangau Barat, beliau mula menetap di Kampung Felda Jerangau10. Banyak jawatan yang telah dipertanggungjawabkan kepada beliau, namun secara umumnya, jawatan pertama yang beliau pegang ialah Ketua Blok 2 Peringkat 7 pada tahun 199811. 



SEJARAH KEHIDUPAN RAZET NOOR DIN

            Tanggal 4 Jun 1956 merupakan tahun yang membawa tuah kepada keluarga Noor Din, dimana lahirlah seorang bayi yang kemudiannya tanpa diduga telah menjadi salah seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada Kampung Felda Jerangau. Bayi yang dilahirkan di Kampung Wakaf Tapai, Ajil, Terengganu, diberi nama Razet Noor Din. Beliau lebih dikenali dengan nama Pok Sik di Kampung Felda Jerangau. Razet Noor Din merupakan anak keenam daripada sembilan adik-beradik, yang terdiri daripada lima lelaki dan empat perempuan. Nama penuh ayahnya Noor Din bin Mahmud. Ibunya pula bernama Hajjah Khadijah binti Ngah Ibrahim. Kedua-dua mempelai ini berasal daripada Kampung Wakaf Tapai, Ajil, Terengganu12.
            Pada tahun 1967, beliau mula menetap di Kampung Felda Jerangau setelah mendapat pekerjaan sebagai penyelia kilang di Kampung Felda Jerangau Barat yang juga tidak berada jauh daripada kampungnya. Di samping bekerja sebagai penyelia kilang selama 7 tahun, beliau juga menjalankan tugas beliau sebagai peneroka pada masa itu dengan mengusahakan ladang kelapa sawit seluas 10 hektar yang telah diberikan oleh Felda kepada beliau. Beliau telah menetap di Kampung Felda Jerangau selama 47 tahun bermula dari tahun 1967 hingga tahun 201413.
Pada 7 Julai 1985, beliau telah menikah dengan seorang perempuan jelita yang berasal daripada Kampung Tok Dir, Marang, Terengganu. Perempuan yang dimaksudkan ialah Raja Nor Riah binti Raja Hassan14. Selama melayari bahtera perkahwinan dengan perempuan yang dicintainya itu, beliau telah dikurniakan 6 orang cahaya mata15. Anak pertama daripada pasangan ini berusia 27 dan memegang profesyen sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi di Malaysia. Anak kedua pasangan ini telah berusia 25 tahun dan berkhidmat sebagai seorang pembantu perubatan  disebuah hospital dalam  daerah Kuala Terengganu. Berikutnya pasangan ini telah dikurniakan puteri kedua yang berumur 23 tahun dan sedang menuntut di sebuah Universiti terkemuka di Malaysia iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam bidang ekonomi dan pengurusan. Seterusnya, keluarga ini diserikan lagi dengan kehadiran seorang anak lelaki yang kini berusia 20 tahun dan sedang menunggu keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) yang telah didudukinya pada tahun lepas. Anak yang kelima daripada enam beradik ini merupakan seorang pelajar di Sekolah Menegah Kebangsaan Ajil dan kini menuntut di tingkatan 4. Anak bongsu daripada pasangan ini kini berusia 7 tahun dan baru memulakan pelajaran darjah satu di Sekolah Kebangsaan LKTP Jerangau16.
            Bak kata pepatah ”kusangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari”. Begitulah yang mampu diungkapkan buat keluarga bahagia ini, kegembiraan yang disemai sekian lama, namun hakikatnya  ia hanyalah pinjaman seketika. Tatkala kegembiraan jelas terpancar dari segenap ruangan keluarga ini,tiba-tiba dikejutkan dengan berita kematian isteri tersayang dan ibu tercinta kepada 6 cahaya mata ini. Pemergiannya sangat memilukan keluarga ini. Tahun 2012 merupakan tahun yang sangat menyedihkan keluarga ini. Sejak itu, beliau berstatus duda. Kini setelah 2 tahun berlalu, beliau sekeluarga redha dengan pemergian suri kepada keluarga ini17.  
            Razet Noor Din memulakan zaman persekolahanya dengan bersekolah rendah di Sekolah Rendah Wakaf Tapai. Beliau berulang-alik ke sekolahnya dengan berbasikal dan masa untuk beliau pergi ke sekolah tersebut dalam masa 30 minit. Oleh hal demikian, beliau telah menyimpan azam untuk berjaya dalam hidup beliau bagi menolong keluarganya yang sangat susah untuk memberi sesuap nasi kepada anak-anak. Azam ini didorong juga dengan ejakan rakan-rakannya yang sentiasa mengejeknya lantaran kesusahan hidup yang dihadapinya18.
            Dengan itu, beliau telah berjaya menamatkan darjah enam dengan keputusan yang cemerlang. Pada darjah lima, beliau hampir untuk berhenti sekolah lantaran kesusahan hidup keluarganya. Namun dengan usaha gigih bapa beliau mencari nafkah bagi menyara pembelajaran beliau, beliau dapat maneruskan pengajian beliau ke tahap sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan (SMKTAI)19. Semasa berada di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan (SMKTAI), beliau merupakan pelajar yang baik dan sering mendapat pujian cikgu beliau yang senang dengan sikap beliau itu20. Dalam temubual dengan beliau, beliau turut menceritakan pengalaman beliau sepanjang zaman persekolahan. Antara pengalaman manis beliau, ketika darjah lima beliau telah jatuh bersama seorang murid perempuan kerana tersungkur. Beliau masih mengingati peristiwa itu. Beliau juga menceritakan pengalaman pahit beliau di tingkatan lima apabila beliau didenda lantaran lewat ke sekolah. Hukuman tersebut ialah bawa kerusi di atas kepala dan dipakaikan tag nama yang tertulis ‘SAYA LEWAT KE SEKOLAH, SEBAB ITU KENA JUNJUNG KERUSI ATAS KEPALA’21.
            Setelah menamatkan pengajian pada peringkat Spm, beliau dapat melanjutkan pengajian di peringkat universiti namun kekangan kewangan keluarga beliau telah menghalang langkah beliau untuk menyambung pengajiannya22. Walaupun beliau tidak meneruskan pengajian beliau ke peringkat universiti namun bakat kepimpinan beliau mula di hidu sejak kecil lagi23. Ini terbukti dengan pelantikan beliau sebagai ketua kelas pada darjah dua, tiga, lima dan darjah enam. Seperti diramalkan, beliau telah dilantik menjadi pengawas sekolah di sekolah menengah dan memegang tampuk Majlis Tertinggi dalam carta organisasi pengawas iaitu Setiausaha Tertinggi badan pengawas. Sepanjang menjalankan tugas, beliau sangat komitmen dengan tugasan beliau sehinggakan beliau menerima sijil penghargaan pelantikan pengawas di samping dipilih menjadi tokoh Maulidur Rasul peringkat sekolahnya. Beliau juga sangat menitikberatkan soal pelajaran beliau, maka tidak hairanlah, beliau sering kali mendapat tempat pertama dalam kelas beliau24.


TUGASAN DAN SUMBANGAN

            Pengerusi JKKK, Razet Noor Din mula berjinak dalam kancah pentadbiran dan pengurusan Kampung Felda Jerangau pada tahun 1998 apabila beliau di lantik sebagai Ketua Blok 2 Peringkat 725. Beliau kemudiannya menjadi dipilih menjadi Ketua Umno Cawangan dari tahun 2000 hingga tahun 2013. Sejajar dengan itu, beliau telah dipilih sebagai Ketua Peti Undi dalam dua kali pilihanraya umum iaitu pilihanraya ke 12 dan ke 1326.
            Ketokohan dan ketrampilan beliau dalam tugas-tugas yang diamanahkan bagi pengurusan dan pentadbiran kampung selain memiliki semangat cekal dan kental menyebabkan beliau dipilih oleh warga Kampung Felda Jerangau dan telah dipersetujui oleh Pejabat Daerah untuk menjadi Pengerusi JKKK Kampung Felda Jerangau bermula tahun 2000 hingga tahun 201327. Lantaran beliau telah menyandang jawatan penting dalam Kampung Felda Jerangau, beliau telah dipilih banyak jawatan sejak itu, antaranya, Ketua Peneroka pada Tahun 2014, Timbalan Pengerusi Masjid pada tahun 2008 hingga 2013, Setiausaha Koperasi Penenroka Felda Jerangau pada tahun 1999 hingga tahun 2013, Ketua Perhubungan Rela Mukim (KPRM) pada tahn 1999 hingga tahun 2014. Selain itu, beliau juga menyandang jawatan Timbalan Pengerusi Khairat Kematian Kampung Felda Jerangau pada tahun 2008 hingga tahun 2014.  Beliau juga telah menjadi Perwakilan KPS pada tahun 20123. Jawatan-jawatan yang dinyatakan di atas adalah sebahagian jawatan rasmi  beliau. Daripada tugasan rasmi beliau, banyak cabaran yang di hadapi beliau. Antara cabaran yang dihadapi beliau ketika menjalankan tugasan bagi menjamin kesejahteraan kampung ialah kes curi kelapa sawit atau kecurian hasil dapatan. Selain itu, kes penagihan dadah yang bersarang di ladang kelapa sawit. Cabaran ini merupakan cabaran terbesar beliau sepanjang bergelar Pengerusi JKKK kerana tempat penagihan dadah dalam ladang kelapa sawit di Kampung Felda Jerangau merupakan tempat atau ‘port’ terbesar penagihan dadah sekitar Kampung Felda Jerangau3. Cabaran seterusnya yang beliau hadapi ialah masalah kewangan bagi membina bangunan dan premis seperti pembinaan sekolah agama rakyat (SABDA). Namun dengan kegigihan beliau di samping sokongan warga kampung, beliau bisa membina kemudahan infrastruktur kepada warga kampungnya28.
            Manakala tugasan tidak rasmi beliau ialah  mengusahakan ladang 10 hektar yang telah diberikan oleh LKTP (Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan). Tanah kepunyaan beliau diusahakan oleh beliau sendiri. Menurut beliau, perancangan kewangan bagi ladang kelapa sawit diperuntukkan sebanyak RM 2juta setahun. Daripada peruntukan tersebut turut meliputi kos pembukaan tanah baru, kos pembajaan tanaman kelapa sawit, kos penanaman semula kelapa sawit dan sebagainya29.
            Sepanjang 13 tahun berkecimpung dalam pengurusan dan pentadbiran kampung, beliau sering kali juga diancam oleh sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan beliau. Ancaman yang beliau hadapi termaksudlah ancaman berbentuk amaran seperti tulisan surat layang di rumah beliau.
            Pemangkin daripada keluarga dan warga kampung dalam bentuk sokongan dan nasihat telah menjadikan beliau gigih dan menhadapi cabaran sebagai Pengerusi JKKK dengan tabah. Beliau juga turut merujuk pandangan warga kampung di samping pihak Pejabat Daerah dalam urusan pentadbiran dan pengurusan kampung.
Kesusahan dan kesulitan kehidupan warga kampung turut menjadi pemangkin kepada beliau dalam memenuhi salah satu tujuan pembukaan tanah felda iaitu bertujuan membasmi kemiskinan. Penduduk Kampung Felda Jerangau sekurang-kurangnya mempunyai pekerjaan sebagai peneroka namun ada sesetengah penduduk kampung tidak cukup wang gaji daripada pekerjaan sebagai peneroka. Golongan ini juga menjadi pemangkin kepada usaha gigih beliau30.
Pengurusan dan pentadbiran blok 2 peringkat 7 menjadi lancar dan terurus sejak pelantikan beliau sebagai ketua blok 2 peringkat 7. Lantaran tatakerja cemerlang sewaktu menjadi ketua blok 2 peringkat 7 menyebabkan beliau telah dipilih secara perlahan-lahan memegang jawatan yang semakin penting. Bakat kepimpinan beliau semakin dirasai aura kekuatannya setelah dipilih menjadi Pengerusi JKKK31. Hal ini demikian terbukti dengan anugerah yang diperolehi daripada Pejabat Felda Pusat lantaran pusat bestari yang tercantik dalam wilayah Ketengah. Sejak pentadbiran dan pengurusan kampung berada di bawah beliau, banyak usaha-usaha penambahbaikan yang beliau telah lakukan, maka tidak hairanlah Kampung Felda Jerangau telah memenangi pelbagai pertandingan yang melibatkan penglibatan warga kampung. Antaranya, Kampung Felda Jerangau telah memenangi tempat pertama pertandingan kampung terbersih peringkat ketengah, tempat pertama dalam tadbir urus terbaik peringkat zon Bukit Besi, dan sebagainya lagi. Hadiah daripada pertandingan ini digunakan untuk kebajikkan warga Kampung Felda Jerangau juga32.
 Sejarah telah membuktian bahawa seorang pemimpin yang cemerlang akan dapat menjamin keselesaan dan kesejahteraan warga masyarakat di bawah kepimpinan beliau. Ini tidak tumpah dengan sikap dan cara kerja seorang Pengerusi JKKK Kampung Felda Jerangau, iaitu Razet Noor Din33. Sejak beliau dilantik menjadi pemimpin warga felda Jerangau, beliau telah banyak melakukan perubahan di samping penambahbaikan infrastuktur dan kemudahan di Kampung Felda Jerangau34.
            Dengan perlantikan beliau sebagai Pengerusi Panel Klinik Kesihatan Jerangau (KKJ), banyak kempen-kempen kesihatan dan pemeriksaan kesihatan berkala telah di adakan kepada warga kampung felda Jerangau. Beliau juga sering kali mengadakan mesyuarat dengan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun (PKD DUNGUN) bagi membincangkan penambahbaikan kepada taraf kesihatan warga kampung. Sepanjang perlantikan beliau sebagai Pengerusi Panel Kesihatan Klinik Kesihatan Jerangau taraf kesihatan dan kesedaran warga kampung terhadap kesihatan semakin meningkat dengan kenaikan warga kampung yang sering melakukan pemeriksaan di Klinik Kesihatan Jerangau35. Selain itu, beliau turut mengusulkan penyemburan asap bagi mencegah nyamuk Aedes dalam mesyuarat dengan Pejabat Kesihatan Daerah Dungun. Usul beliau diterima baik oleh warga kampung Felda Jerangau dan warga kerja Klinik Kesihatan Jerangau dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Jerangau maka dengan persetujuan ini penyemburan asap untuk pencegahan nyamuk Aedes dilakukan sebulan sekali. Dengan ini, jumlah warga kampung yang terkena gigitan nyamuk Aedes berkurang daripada 4 orang kepada seorang pada tahun lepas36.
            Daripada sektor kesukanan, beliau telah banyak melakukan penambahbaikan kepada insfrastruktur sukan dengan objektif utama bagi menambah kesedaran warga kampung tentang kebaikkan bersukan. Oleh itu, banyak insfrastuktur sukan telah dibina dibawah pimpinan beliau sewaktu beliau menjadi Pengerusi JKKK37. Misalnya, pembinaan 2 buah gelanggang futsal yang telah menelang belanja sekitar RM1.2 juta. Dengan pembinaan gelanggang futsal ini, ramai orang muda atau remaja yang bermain futsal di gelanggang tersebut. Gelanggang futsal ini juga sering kali dipilih menjadi vanue untuk pertandingan futsal di peringkat zon dan daerah Dungun. Beliau juga sering kali menganjurkan kejohanan futsal peringkat kampung dengan kerjasama warga kampung dan jawatankuasa-jaatankuasa kampung yang lain. Pada bulan Jun 2013 Kampung Felda Jerangau telah diadakan festival sukan dan kejohanan sukan-sukan rakyat di bawah kelolaan beliau. Program ini telah menarik ramai belia untuk menyertai program tersebut dari kampung Felda Jerangau itu sendiri mahupun kampung-kampung sebelah. Festival ini juga telah mendapat perhatian pejabat daerah dungun dan mendapat tajaan hadiah daripada Pejabat Daerah Dungun untuk pemenang dalam festival tersebut3. Pembinaan dewan serba guna juga tidak kurang pentingnya. Dalam dewan tersebut juga turur disediakan gelanggang badminton yang turut menjadi wadah kepada anak muda untuk bersukan38.
            Pembinaan Sekolah Agama Rakyat dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) membuktikan bahawa beliau seorang yang sangat mementingkan pelajaran dalam kalangan muda-mudi di Kampung Felda Jerangau39. Kedua-dua pembinaan ini telah dibiayai oleh kerajaan negeri40. Pembinaan ini telah diketuai oleh beliau selaku Pengerusi JKKK Kampung Felda Jerangau41. Pembinaan ini telah memakan masa selama 2 tahun. Sekolah agama rakyat mengambil penyertaan kanak-kanak berumur daripada 7 hingga 9 tahun. Tenaga pengajar sekolah ini merupakan ustaz dan ustazah di bawah unit Kafa dalam Jabatan Agama Islam Terengganu (JAHEAT). Waktu persekolahan bagi sekolah agama ini diadakan selepas murid darjah 1 hingga 6 selesai belajar di eskolah Kebangsaan LKTP Jerangau, sekitar pukul 2.30 petang hingga 5.00 petang. Pemakaian murid-murid di sekolah ini jauh berbeza dengan sekolah kebangsaan biasa, dengan baju melayu bersongkok dan bersamping. Selain daripada pembinaan sekolah agama rakyat, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) turut dibina bagi menempatkan orang-orang yang kurang upaya untuk belajar42. Di tempat ini, beliau sering kali mengadakan lawatan atau kunjungan bagi memantau dan melihat perjalanan harian di institusi ini. Statistik daripada pihak PDK telah mencatatkan seramai 7 orang kanak-kanak telah dididik dan diasuh dalam institusi ini43.

KESIMPULAN  
            Kesimpulannya, Razet Noor Din banyak menyumbang jasa dan sumbangan kepada warga Kampung Felda Jerangau. Dengan segala usaha dan jerit letih, beliau berharap agar segala apa yang beliau telah rancangkan memberi faedah di samping manfaat kepada semua warga Kampung Felda Jerangau. Tidak dinafikan bahawa beliau telah menyumbang banyak jasa kepada warga kampung. Namun sikap hasad dengki sesetengah pihak yang tidak berpuas hati sanggup mengancam beliau, tapi berbekalkan semngat dan harapan penduduk kampung telah menguatkan hati dan semangat beliau bagi terus meneraju pengurusan pentadbiran kampung ke tahap yang lebih tinggi dan cemerlang. Pengerusi JKKK ini sentiasa menjadi rujukan orang kampung dalam meminta pendapat beliau tentang masalah-masalah yang berkait dengan kampung. Majoriti penduduk kampung berasa senang debdan cara beliau menguruskan kampung lantaran sikaf beliau yang mudah mesra dan mengambil prihatin kepada penduduk kampung. Tambahan pula, pemimpin yang sedemikian sukar untuk dijumpai. Tahun-tahun yang berlalu, banyak membawa perubahan di kampung tersebut selain dapat melihat perkembangan kampung tersebut dalam pembangunan dan kemajuan kampung. Prospek masa depan dan perancangan yang telah disusun dan diseliakan oleh beliau bagi memartabatkan lagi Kampung Felda Jerangau ke tahap yang lebih tinggi adalah seperti yang berikut:
1. Pembinaan pasar baru Kampung Felda Jerangau  
2. Penambahbaikkan kawasan perkuburan
3. Program pelancaran derma darah peringkat Kampung Felda Jerangau
4. Kursus haji perdana
5. Hari keluarga peringkat Kampung Felda Jerangau dan lain-lain.

NOTA KAKI
1. Razet Noor Din, wawancara, 24 Januari 2014.
2. http://www.scribd.com/doc/65079559/Sejarah-Kampung-Jerangau-Di-Terengganu
4. Alias bin Mamat, wawancara, 28 Januari 2014.
6. Zazlina binti Abdullah, wawancara, 28 Januari 2014.
33. Aida Abd Rahman. (2000). “YAB  Dato’ Ahmad Said”. Unpublished B.A. Thesis. Kuala Lumpur, Malaysia: Department of Southeast Asian Studies UM [University of Malaya].



Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU