NOORIAH KASSIM SEORANG BIDAN DIPADANG SETOR



PUAN NOORIAH KASSIM - SEORANG BIDAN

PENGENALAN

                 Sejarah asal usul seseorang  tokoh itu penting dalam  mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat. Hal ini kerana, sejarah tokoh yang banyak berjasa  kepada masyarakat  perlu dipelihara supaya generasi akan datang mengetahui tentang asal tokoh yang dikaji dengan lebih jelas. Kajian yang dilakukan ini adalah bertujuan untuk mengkaji tentang sejarah tokoh iaitu Puan Nooriah Kassim dan perjalanan hidupnya ketika bertugas sebagai seorang jururawat dalam bidang perbidanan moden. Bidang perbidanan semakin dilupakan pada era ini. Namun, ramai yang menceburkan diri dalam bidang perbidanan moden yang merupakan salah satu bidang perubatan yang menguruskan perihal ibu dan anak. Bidang Perbidanan (Obstetrik), yang melibatkan kesihatan wanita yang hamil dengan membantu mereka agar memahami erti kandungan sihat, cara- cara penjagaan yang berkesan dan mengenali permasalahan yang mungkin timbul ketika dalam tempoh kandungan dan selepas bersalin 1.  Ia bertujuan agar ibu-ibu yang diberi perhatian dapat melalui pengalaman mereka dengan lebih baik, selamat dan mempunyai anak yang sihat 2.
              Antara yang melibatkan diri dalam bidang ini ialah Nooriah Kasim yang merupakan seorang jururawat perbidanan yang telah menyumbang jasa yang banyak kepada kampung Padang Setar, Kuala Berang.Beliau merupakan anak kelahiran kampung Gunong, Bachok,  Kelantan 3.Beliau telah dihantar berkhidmat di kampung Padang Setar setelah menamatkan pengajian beliau di kolej Kejururawatan Kuala Terengganu pada tahun 1981 sehingga 2008 dan meneruskan khidmat beliau di Hospital Hulu Terengganu sehingga tahun 2013. Walaupun beliau bukan merupakan penduduk asal kampung Padang Setar,beliau telah menabur bakti di klinik desa itu selama hampir 30 tahun.ini menunjukkan sikap dedikasi beliau dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau. Terdapat banyak sumbangan- sumbangan yang telah diberikan oleh beliau kepada penduduk kampung. 


LATAR BELAKANG DAN SEJARAH PENDIDIKAN

          Tokoh yang dibincangkan dalam kajian ini ialah seorang yang telah banyak menabur jasa kepada penduduk kampung sekitar Kuala Berang, Terengganu terutamanya di kampung Padang Setar dan kampung- kampung yang terdekat. Tokoh ini dilahirkan oleh sepasang suami isteri yang berasal daripada negeri Kelantan. Beliau telah diberi nama Nooriah binti Kassim. Ayahandanya bernama kassim bin Sa’maah. Pasangan ini telah dikurniakan 7 orang cahaya mata dan antaranya ialah Puan Nooriah binti Kassim yang dilahirkan pada tanggal 7 hari bulan 7 tahun 1957 di Kampung Gunong, Bachok, Kelantan 4.
        Beliau telah dibesarkan di kampung tersebut oleh kedua- dua ibu bapanya bersama 6 orang adik beradiknya yang lain. Bapa beliau adalah seorang penoreh getah yang mencari rezeki untuk keluarga dengan hasil getah yang diperolehi. Ibunya pula seorang surirumah sepenuh masa yang menyediakan segala keperluan kepada suami dam anak- anak. Dek kerana kemiskinan yang dihadapi, kadangkala puan Nooriah bersama adik- beradiknya yang lain selalu menemani dan membantu ayah mereka di kebun getah. Oleh sebab pada zaman tersebut masih lagi berada di awal kemerdekaan, beliau sering menhadapi peristiwa seperti dihendap oleh pihak komunis semasa berada di kebun getah bersama bapanya.
       Namun demikian, ibu bapanya masih mampu untuk menghantar beliau dan adik- beradik yang lain ke sekolah kerana mereka percaya bahawa ilmu boleh mengubah masa depan anak- anak mereka supaya labih cemerlang. Berpegang dengan kepercayaan tersebut, puan Nooriah telah dihantar bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gunong, Bachok, Kelantan pada tahun 1964 ketika berumur 7 tahun5.Beliau telah berusaha dengan gigih untuk mendapat keputusan yang cemerlang demi untuk membanggakan kedua ibu bapanya yang telah bersusah payah untuknya. Usaha beliau mendatangkan hasil apabila beliau mendapat keputusan yang cemerlang. Kerana keputusannya yang cemerlang, beliau telah diterima masuk ke sekolah berasrama penuh namun beliau tidak dapat melanjutkan pengajiannya di sana kerana kemiskinan yang dihadapi. Beliau telah menamatkan persekolahannya di sekolah tersebut pada tahun 1969 ketika berumur 12 tahun dan melanjutkan pengajian ke peringkat sekolah menengah.
    
        Beliau telah melanjutkan persekolahan beliau di Sekolah Menengah Sri Gunong, Bachok, Kelantan3. Lokasi sekolah tersebut berhampiran dengan rumah beliau supaya menyenangkan beliau untuk pergi dan pulang ke sekolah tanpa perlu ditemani. Walaupun ibu bapa beliau tidak mampu untuk menghantar beliau ke sekolah yang berasrama penuh seperti yang diimpikannya, beliau tetap bersyukur kerana masih mampu meneruskan persekolahan walaupun dihimpit kemiskinan. Semasa di zaman sekolah menengah, beliau dikenali ramai kerana keramahannya dan beliau juga seorang yang aktif dalam bidang sukan terutamanya sukan bola jaring sehingga mewakili sekolah. Beliau telah menamatkan persekolahannya di Sekolah Menengah Sri Gunong pada tahun 1975 kerana telah tamat persekolahan di tingkatan lima6.
   Sementara menunggu keputusan SPM diumumkan, beliau telah mengambil inisiatif dengan mencari pekerjaan untuk menimba pengalaman. Beliau telah membuat bermacam- macam pekerjaan seperti menolong ayahnya di kebun, bekerja di Pekan Bachok bersama rakan- rakan bagi menambahkan pendapatan keluarga dan menampung yuran pengajian jika diterima ke mana- mana institusi. Malangnya, pada masa tersebut, negara telah mengalami kemelesetan ekonomi yang amat serius. Oleh hal yang demikian, Puan Nooriah Kassim telah mengambil keputusan untuk memasuki bidang kejururawatan kerana jururawat amat diperlukan dan terdapat banyak kekosongan pada masa itu 7.
   Beliau telah diterima masuk ke salah sebuah kolej yang terletak diluar negeri beliau iaitu Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu yang terletak berhampiran dengan Hospital Besar Kuala Terengganu pada tahun 19796. Beliau terus belajar di situ selama  dua tahun sehingga tamat pengajian beliau pada tahun 1981. Semasa beliau masih dalam tempoh pengajian, beliau juga melibatkan diri dalam sukan bola jaring dan beliau telah menjalani latihan praktikal di Hospital Kuala Terengganu . Selepas menamatkan pengajiannya di Kolej Kejururawatan Kuala Terengganu , beliau telah dihantar untuk memulakan tugas ke salah sebuah klinik desa di Dungun yang dinamakan klinik desa Kampung Delong pada bulan 5 tahun 1981 8. Namun, selepas dua hari mendaftarkan diri di klinik tersebut, beliau telah ditukerkan ke klinik Padang Setar , kuala Berang, Hulu Terengganu. Beliau ditukarkan ke sini kerana didapati berlakunya kekurangan jururawat di klinik tersebut sedangkan jumlah penduduk yang memerlukan perkhidmatan jururawat terlalu ramai kerana ia merangkumi beberapa buah kampung.
   Manakala, jumlah pesakit di Klinik Delong masih boleh dikawal dengan jumlah jururawat yang sedia ada. Beliau telah dipilih kerana ramai jururawat- jururawat yang lain yang menolak tawaran tersebut kerana kondisi klinik serta persekitarannya yang amat menyeramkan. Oleh itu, beliau dengan rela hati ditukarkan ke Klinik Desa Padang Setar selepas beberapa hari mendaftarkan di klinik Delong, Dungun tersebut . beliau telah menabur khidmat  di klinik Desa Kampunh Padang Setar dari tahun 1981 sehingga tahun 2007 iaitu selama 26 tahun dan seterusnya telah melanjutkan tempoh perkhidmatan dan menyumbang khidmat beliau di hospital Hulu Terengganu pada tahun 2008 sehingga beliau pencen atas kehendak sendiri pada 31 hari bulan 2 tahun 2013. Tempoh perkhidmatan beliiau di sana oalah selama 6 tahun. Sepanjang tempoh pekhidmatan beliau, beliau tidak berkhidmat di Kampung Padang Setar sahaja bahkan di kampung- kampung yang berhampiran seperti kampung Durian Bador , Kampung Sekayu, Kampung Bukit Gemuruh dan sekitarnya kerana ketiadaan klinik di kampung tersebut.lebih daripada 10 buah kampung yang mengunakan khidmatnya sebagai jururawat ibu dan anak 9.               

 BERKELUARGA
       Selepas beberapa tahun memulakan kerjaya sebagai seorang jururawat di Klinik Desa Kampung Padang Setar, beliau telah menamatkan zaman bujang beliau di umur 25 tahun bersama lelaki pilihan hati beliau yang bernama Md Sofee bin Abdul Wahab10. Beliau telah melangsungkan perkahwinan dengan lelaki pilihan hati beliau itu pada 30 / 8 / 1985. Beliau memilih jejaka tersebut kerana terpikat dengan sifatnya yang baik hati serta mengambil berat tentang orang di sekelilingnya walaupun beliau seorang yang agak tegas dalam membuat keputusan. Suami beliau bekerja di Pejabat Dun Telemong. Beliau telah menharungi rumah tangga yang bahagia bersama suaminya yag tercinta. Beliau tetap berasa gembira walaupun tinggal berjauhan dengan keluarga yang tersayang kerana kehadiran suami tercinta di sisi.
   Hasil daripada perkahwinan bahagia  beliau bersama Md Sofee bin Abd Wahab, mereka telah dianugerahkan empat orang cahaya mata dimana seorang daripada mereka adalah perempuan dan selebihnya adalah anak lelaki 11. Anak beliau yag pertama telah diberi nama Mohd Zaroowee bin Md Sofee yang berumur 28 tahun. Anak beliau ini juga mempunyai minat dalam bidang perubatan seperti ibunya apabila turut menceburkan diri dalam bidang perubatan dan bekerja sebagai seorang pembantu perubatan di Hospital Besar Sultanah Nur Zahirah di Kuala Terengganu. Mohd Zaroowee telah berkahwin beberapa tahun yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki berumur satu tahun. Kini, Puan Nooriah Kassim menghabiskan masa beliau dengan bermain bersama cucu beliau selain sibuk menguruskan katering di rumah 12.
   Anak kedua beliau berumur 26 tahun yang bernama Zarul Asyraf Md Sofee. Dia bekerja sebagai Welding Operator dan masih berstatus bujang. Selain itu, beliau juga mempunyai perempuan tunggal yang bernama Ummi Nur Amni yang bekerja sebagai seorang chef atau tukang masak di offshore iaitu sebuah syarikat perkapalan dan berumur 23 tahun. Anak bongsu beliau diberi nama Zarul Aidil dan sahaja menghabiskan peperiksaan SPM beliau. Hal ini menunjukkan bahawa beliau masih dapat mengbahagikan masa dengan baik untuk kerjaya dan untuk mendidik anak- anaknya sehingga berjaya 13.

 APA YANG MENDORONG  MENCEBURI BIDANG INI.

         Sesuatu yang dilakukan dalam kehidupan mestilah dipengaruhi oleh sesuatu yang tidak kira sama ada ia adalah perkara baik atau buruk. Setiap penyebab yang merubah kehidupan seseorang ke jalan yang dipilih dan akan menentukan arah mana hidup yang akan dilalui. Oleh hal yang demikian,  penglibatan  puan Nooriah Kassim dalam bidang perubatan ini juga dipengaruhi oleh beberapa faktor.
        Antara faktor – faktor yang mendorong Puan Nooriah Kassim melibatkan diri dalam bidang ini ialah kerana mewarisi daripada keluarganya sendiri kerana beliau dikelilingi oleh sanak saudara yang menceburkan diri dalam bidang kejururawatan ini 14. Hal ini dapat dibuktikan apabila ibu saudara serta kakak beliau juga bekerja sebagai seorang kujurawat semasa beliau masih kecil. Oleh itu, beliau sudah terbiasa melihat cara mereka bekerja dan berpakaian dan merasakan itu adalah menarik. Beliau juga pernah mengikuti ibu saudara serta kakaknya pergi bekerja semasa kecil. Tambahan pula, beliau juga mempunyai seorang nenek yang bekerja sebagai seorang ketua jururawat di hospital Bachok, Kelantan iaitu negeri kelahiran dan negeri dimana tokoh dibesarkan. Beliau mewarisi sikap suka menolong orang lain melalui penilaian beliau terhadap tingkah laku yang ditunjukkan oleh ahli keluarganya yang terlibat secara langsung dalam bidang ini.
           Selain itu, penglibatan beliau juga dipengaruhi oleh minat yang bercambah sejak beliau masih berada di zaman kanak- kanak lagi kerana beliau selalu diperdengarkan cerita – cerita yang menyeronokkan daripada neneknya semasa kecil. Nenek beliau selalu menceritakan tentang keseronokkannya bekerja sebagai jururawat walaupun dilanda kepenatan kerana melalui tugas ini, kita dapat membantu masyarakat  yang memerlukan dan akan merasa sangat gembira jika pesakit yang dirawat puluh seperti sedia kala. Beliau juga  menjadi tertarik dengan melihat kerja- kerja yang dilakukan oleh kelurga yang terlibat dalam bidang ini. Oleh itu, sejak kecil  beliau telah menanam azam untuk turut sama membantu masyarakat di luar sana walau dengan apa jua cara sekalipun. Selepas melibatkan diri dalam bidang ini, akhirnya beliau dapat merasai perasaan yang dialami oleh neneknya seperti yang selalu diceritakan kepadanya. Tambahan pula, beliau sekarang mempuyai seorang menantu yang turut yang turut berminat dan menglibatkan diri dalam bidang kejururawatan dan bekerja sebagai seorang jururawat di Hospital Besar Kuala Terengganu.
          Di samping itu juga, kesusahan mencari kerja menjadi salah satu faktor yang mendorong beliau untuk menceburi bidang ini. Semasa di zaman remaja beliau iaitu di zaman 80- an, terdapat ramai anak muda yang menganggur kerana pekerjaan yang susah untuk didapati kesan daripada kemelesetan ekonomi yang berlaku. Beliau telah mencuba untuk mencari pekerjaan supaya dapat membantu keluarga beliau yang berada dalam kemiskinan  seperti meminta  untuk memasuki maktab kerana keputusannya peperiksaannya yang agak baik, namun malangnya permintaannya ditolak. Oleh itu, beliau mengambil keputusan untuk mengikut jejak langkah kakaknya serta ahli keluarga yang lain dengan memasuki bidang kejururawatan lebih- lebih lagi selepas menerima tawaran selepas tamat persekolahan. Pada mulanya, beliau merasa agak keliru dengan keputusan yang dibuat.walaupun beliau menyukai bidang ini,tetapi beliau berfikir untuk membantu keluarga dengan pekerjaan yang lebih baik dan memikirkan kehidupan yang lebih cerah namun, selepas mendapat sokongan padu daripada ibu pada serta keluarganya sendiri,beliau tetap dengan keputusannya itu dan dapat meneruskan niat murni beliau untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.
         Faktor yang amat memberi kesan kepada beliau  sehingga memilih bidang ini sebagai kerjaya hidup ialah faktor kemiskinan.beliau berasal daripada sebuah keluarga kampung yang hidup dalam kemiskinan tambahan pula, beliau memiliki bilangan adik- beradik yang ramai. Beliau menjadi amat terharu dan sedih melihat kesukaran ibu serta bapanya yang tercinta bekerja keras siang dan malam membanting tulang untuk melihat dan menghantar beliau serta adik beradik yang lain untuk bersekolah. Mereka tidak akan membiarkan anak- anak mereka tercicir dalam akademi walaupun mereka merupakan keluarga miskin. Oleh itu, beliau telah menjadikan kemiskinan sebagai pendorong utama untuk berjaya dan membalas jasa kedua ibu bapanya yang telah bekerja keras untuk memelihara beliau dan adik- beradik yang lain 15.

 CABARAN KETIKA BERKHIDMAT
         Setiap yang dilakukan pasti akan ada cabaran yang ditempuhi. Begitu juga bagi Puan Nooriah bin Kassim. Terdapat banyak cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika berkhidmat sebagai jururawat desa di Klinik Desa Padang Setar, kuala berang, Hulu Terengganu. Namun, beliau telah cuba untuk mengharungi cabaran- cabaran yang dihadapi dengan hati yang terbuka dan tenang.
          Antara cabaran yang dihadapi oleh beliau ketika menjalankan tugas di klinik tersebut ialah beliau telah mendapat tentangan yang hebat daripada orang- orang tua di kampung Padang Setar yang masih mengamalkan perbidanan yang mengikut cara lama 16. Pendapat yang berbeza ini menyukarkan beliau untuk menjalankan tugas. Mereka tidak bersetuju kerana masih memikirkan bahawa kaedah perbidanan yang lama adalah satu tradisi. Namun, beliau tetap meneruskan tugas yang diamanahkan kepadanya disamping menunjukkan contoh yang terbaik bagi mengubah persepsi masyarakat warga tua di Kampung Padang Setar dan kampung – kampung yang laintentang kebaikan mengunakan khidmat perbidanan moden. Lama- kelamaan, masyarakat mula menerima perubahan yang dibawa oleh Puan Nooriah binti Kassim ban telah mengunakan khidmat beliau jika memerlukan.
       Selain itu, beliau juga pernah berhadapan dengan seorang pemuda juga salah seorang  penduduk kampung yang mengalami masalah  ketagihan dadah, disebabkan klinik itu mempunyai bekalan ubat- ubatan yang boleh digunakan oleh penagih untuk melepaskan gian mereka 17. Seorang lelaki yang berumur dalam lingkungan umur 20- an telah datang ke klinik tersebut untuk meminta ubat batuk bagi menjalankan kegiatan yang tidak bermoral itu. Disebabkan permintaannya itu telah ditolak oleh puan Nooriah kassim dan jururawat yang bertugas, dia telah bertindak secara agresif  dengan merempuh masuk ke dalam klinik tersebut sesuka hati tanpa menghiraukan larangan Puan Nooriah. Pemuda tersebut terus mengambil bekalan ubat yang telah tersedia di klinik tersebut dengan kadar yang banyak iaitu kadar yang boleh membuat seseorang menjadi mabuk selepas meminumnya. Tindakan pemuda tersebut telah membahayakan keselamatan Puan Nooriah Kassim bersama jururawat yang lain serta anak- anak beliau yang turut serta berada di situ setelah mendengar kekecohan yang berlaku di klinik tersebut kerana kuaters yang diduduki oleh Puan Nooriah sekeluarga terletak betul- betul di belakang klinik tersebut.
           Seterusnya, selain daripada peristiwa yang disebutkan, beliau juga pernah berhadapan dengan keluarga pesakit yang bersikap agresif 18. Beliau pernah merawat seorang ibu mengandung yang telah melebihi tempoh untuk bersalin. Beliau telah menasihati wanita tersebut agar merujuk kandungannya ke pihak yang lebih pakar di hospital namun dilarang oleh suaminya. Oleh hal yang demikian, beliau telah mencari inisiatif  lain dengan membawa salah seorang doktor sakit puan yang dikenali beliau daripada hospital besar ketika menjalankan praktikalnya disana ke rumah pesakit berkenaan untuk memberikan rawatan. Apabila doktor yang dipanggil doktor Toha cuba untuk memeriksa kondisi pesakit dan bayi dalam kandungan dengan memegang perutnya, suami pesakit telah bertindak agresif dengan mendatangi doktor berkenaan dengan membawa sebilah parang kecil dan menngacu - acukan kepada doktor tersebut. lelaki tersebut berbuat begitu bagi melarang doktor Toha untuk menyentuh isterinya. Menurut pendapatnya, adalah haram bagi seorang lelaki yang bukan muhrim menyentuh perempuan yang bukan muhrim atau tiada berkaitan darah dengan perempuan tersebut walaupun dalam apa jua keadaan. Oleh hal yang demikian, berlaku sedikit kesulitan atas sikap degil dan taksub si suami terhadap agama walau bagaimanapun, bayi tersebut telah dapat dilahirkan dengan selamat dan sempurna walaupun berlaku sedikit kesulitan pada awalnya.
         Di samping itu, beliau pernah mengalami situasi yang agak menakutkan dan menyeramkan semasa dalam perjalanan menjalankan tugas beliau di kampung yang berhampiran namun agak sunyi kerana dikelilingi hutan. Pada ketika itu, beliau sudah tamat masa bekerja namun, disebabkan sikap yang prihatin dan perasaan tanggungjawab yang dimiliki, beliau telah bersetuju untuk pergi merawat pesakit yang tinggal di kampung Cheting dimana kampungnya agak tersorok. Beliau telah pergi kerumah pesakit berkenaan menaiki motor dengan salah seorang pekerja kliniknya. Semasa dalam perjalanan ke rumah pesakit , keadaan di sekeliling amatlah gelap kerana terletak di dalam kawasan hutan. Dengan tiba- tiba, beliau telah terlihat sesuatu cahaya yang berwarna biru di dalam kegelapan lantas bertanyakan hal itu kepada pemandu namun tiada jawapan yang diterima.oleh itu,beliau hanya senyap dan memikirkan bahawa pemandu tidak mendengarnya. Selepas tiba ke destinasi yang dituju, barulah pemandu tersebut memberitahu bahawa cahaya yang dilihat sebentar tadi ialah seekor harimau. Beliau bersyukur kerana tiada apa- apa kejadian yang berlaku semasa dalam perjalanan yang dilaluinya. Walau bagaimanapun, beliau merawat pesakit dengan tenang 19 .
         Selain daripada cerita di atas, beliau juga menceritakan bahawa beliau pernah berhadapan dengan pesakit yang mempunyai masalah yang agak serius seperti bayi songsang, terlekat uri , dan kandungan yang merupakan pasangan kembar 20. Namun, walaupun banyak masalah yang terpaksa dihadapi oleh beliau,beliau berjaya menyelesaikannya dengan usahanya sendiri. Beliau juga pernah meminta bantuan atau pendapat daripada ibu beliau dengan menggunakan kaedah tradisional. Hal ini dapat dibuktikan apabila tiada catatan kematian pesakit  yang telah menerima khidmat beliau sejak beliau menjalankan tugasnya sehingga bersara. Majoriti penduduk di kampung Padang Setar  dan kampung - kampung yang berdekatan lebih memilih untuk mengunakan khidmat beliau berbanding pergi ke hospital kerana perkhidmatannya sudah setanding dengan di hospital kerana sikapnya yang profesional.

SUMBANGAN DALAM BIDANG YANG DICEBURI
          Selama beliau melibatkan diri dalam yang diceburi, beliau telah banyak memberi sumbangan dan khidmat beliau kepada masyarakat terutama sekali di kampung tempat beliau bertugas.beliau telah mendapat Anugerah Pekerja Cemerlang sebanyak dua kali. Beliau diberi anugerah tersebut kerana sikap beliau yang amat prihatin dan bertanggungjawab dalam menjaga kesihatan pesakitnya serta beliau akan mencuba sedaya upaya beliau untuk merawat pesakitnya. Beliau amat konsisten dalam kerjayanya. Oleh itu, beliau layak untuk diberi anugerah ini. Beliau juga banyak mengikuti kursus- kursus yang dianjurkan oleh klinik tempat beliau bekerja atau oleh pihak jabatan kesihatan. Hal ini adalah bagi memperkasakan kemahiran beliau dalam bidang kejururawatan perbidanan ini. Klinik dimana tempat beliau menyumbang tenaga juga sering mendapat anugerah sebagai ‘Klinik Cantik’ sebanyak dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 1984 dan 1985. Ini kerana sikap beliau yang amat menitikberatkan soal kekemasan dan mempunyai idea yang kreatif dalam memastikan klinik tersebut sentiasa kemas dan cantik walaupun ianya hanyalah sebuah klinik desa. Pekerja disana amat bangga dengan kerajinan yang ditunjukkan oleh beliau sehingga dapat mengangkat martabat klinik tersebut sebagai salah sebuah klinik desa yang terbaik dalam segala aspek terutama kekemasan dan perkhidmatan.
       Di samping itu juga, disebabkan klinik desa di kampung Padang Setar tidak mempunyai ramai pesakit kerana hanya tertumpu kepada penduduk kampung itu sahaja, beliau mengisi luang masa yang ada dengan  mengadakan program bercucuk tanam di bahagian belakang klinik tempatnya bekerja bersama  penduduk kampung 21.program ini dibuat bagi mengeratkan lagi hubungan antara beliau sebagai ahli baru dalam kampung tersebut dengan penduduk kampung . Konsep ini bersesuaian dengan  penduduk kampung kerana rata- rata penduduk kampung berkenaan meminati aktiviti bercucuk tanam ini kerana ruang tanah yang luas dan masih belum diterokai untuk pembangunan dapat digunakan untuk dijadikan kebun. Beliau juga sering mengetuai penduduk kampung padang Setar dalam pelbagai aktiviti contohnya seperti aktiviti bergotong- royong bagi membersihkan kawasan di sekitar klinik dan kawasan – kawasan kampung  bagi menanam sifat bekerjasama. Penduduk kampung amat menyenangi cara beliau kerana beliau seorang yang sangat ramah dan memahami perasaan orang. Beliau mengetahui cara yang berkesan untuk mengambil hati penduduk kampung22.
   Beliau adalah seorang yang aktif dalam permainan sukan bola jaring sejak beliau masih di bangku sekolah. Hal ini dapat dibuktikan apabila beliau banyak menyumbang pingat kepada kolej tempatnya belajar dahulu. Beliau telah mengetahui pelbagai teknik serta strategi yang berkesan untuk memenangi permainan ini. Oleh hal yang demikian, beliau telah dilantik oleh penduduk kampung untuk menjadi tenaga pengajar  bagi mengajar para remaja di Kampung Sekayu yang terletak bersebelahan dengaan Kampung Padang Setar untuk bermain sukan bola jaring dengan cara yang lebih baik dan memantapkan pasukan tersebut 23. Hasil daripada didikan beliau yang tegas tetapi lembut tersebut, pasukan bola jaring dibawah jagaannya telah menjuarai pelbagai perlawanan yang diadakan tidak kira sama ada di peringkat kampung atau daerah. Hal ini  amat membanggakan beliau serta penduduk kampung kerana penduduk telah memeberi kepercayaan yang sepenuhnya kepada beliau untuk menjadi jurulatih bagi pasukan bola jaring kampung. Beliau telah membalas kepercayaan mereka dengan membawa pasukan tersebut ke arah yang lebih tinggi.
   Selain  daripada menguruskan klinik, beliau juga aktif dalam aktiviti persatuan yang dibuat  di kampung. Beliau pernah mewakili persatuan belia Kampung Sekayu yang mana terletak bersebelahan dengan kampung tempat beliau bekerja. Beliau telah diberi kepercayaan untuk memegang jawatan sebagai seorang setiausaha. Beliau diberi kepercayaan untuk memegang jawatan tersebut kerana sikap beliau yang amat tekun dalam setiap pekerjaan yang dibuat. Beliau amat disenangi oleh penduduk kampung PadangSetar dan kampung- kampung terdekat. Beliau juga pernah menyertai sebuah kelab yang ditubuhkan oleh para wanita kampung yang dipanggil kelab WADIRA 24. Beliau telah dilantik oleh majoriti sebagai pengerusi kelab tersebut kerana sikap beliau yang matang dan berkepimpinan hal ini menunjukkan, walaupun beliau bukanlah penduduk asal di kampung tersebut, beliau mencuba untuk mengikat tali silaturahim dengan penduduk kampung dan telah meningkatkan kepercayaan penduduk kampung terhadap beliau.
   Sekarang, selepas beliau menamatkan perkhidmatan beliau pada 31. 7. 2013, beliau mengisi masa beliau bengan membuka catering secara kecil- kecilan di rumah 25. Oleh sebab rumah beliau terletak berdekatan dengan tempat perkelahan Air Terjun Sekayu, beliau sering menjadi pilihan pengunjung yang ingin melakukan sebarang aktiviti atau kem yang memerlukan mereka bermalam disana kerana masakn beliau yang terkenal dengan keenakannya. Beliau juga sering menerima tempahan daripada pihak klinik kesihatan yang mengadakan aktiviti di klinik atau di tempat perkelahan. Walaupun beliau sudah tidak berkhidmat sebagai seorang jururawat, penduduk kampung masih menghormati dan menyanjungi beliau diatas sumbangan beliau yang banyak kepada penduduk kampung dalam segala aspek.


                                                                  KESIMPULAN
                  Kesimpulannya, Puan Nooriah Kassim banyak menyumbang kepada penduduk Kampung Padang Setar. Beliau yang asalnya dari negeri Kelantan telah berpindah ke negeri Terengganu untuk menabur khidmat kepada masyarakat. Beliau penuh dengan pengalaman dalam bidang yang diceburinya iatu bidang perbidanan moden.  Beliau mendapat banyak sijil daripada kerjaya beliau namun kebanyakkannya telah hilang apabila beliau berpindah dari kuaters kliniknya ke rumahnya sendiri yang terletak di kampung itu juga  pada beberapa tahun sebelum beliau pencen. Tidak dapat dinafikan bahawa beliau telah membuka mata penduduk kampung untuk menerima perbidanan moden melebihi perbidanan cara kampung. Walaupun begitu,perbidanan cara kampung masih lagi diguna pakai kerana ia tetap bersesuaian dengan peredaran zaman sekarang 27. Tokoh di kampung ini menjadi rujukan berkaitan masalah-masalah berkenaan pengurusan perbidanan    kepada  jururawat- jururawat yang baru berjinak- jinak dalam bidang ini.majoriti penduduk kampung berasa senang dengan kehadiran beliau di kampung tersebut dan mereka menghargai tokoh yang telah banyak berjasa kepada mereka.   Tambahan pula, bidang ini semakin mendapat tempat di hati belia di Kampung Padang setar. Tahun- tahun yang berlalu banyak membawa perubahan di kampung tersebut selain dapat melihat perkembangan kampung tersebut dalam pembangunan dan pendidikan.

Nota kaki

Bibliografi
1)         Mohd Zaroowee bin MD Sofee (anak) wawancara 26 Feb. 2014.
2 )        Ensiklopedia Perbidanan Melayu oleh Anisah Barakbah
3)         Limah binti  Ibrahim (Jiran) Temu ramah 28 Feb 2014
4)         Laman Sesawang - http://www.xpresi.org/kerjaya-jururawat-masyarakat
6 )         Md Sofee bin Abd Wahab (Suami )Temu ramah 11 Mac 2014
7 )         Puan Nooriah Binti Kassim (Tokoh )Temu bual (22 jan 2014),(26 jan 2014), (25 Mac  2014)


Komentar

Postingan populer dari blog ini

P2 bab 3

BEPANG DAN SEJARAH KULINARI

PULAU DUYUNG ADALAH LIDAH NEGERI TERENGGANU