kUALIAH 12
       KULIAH 12: PERANAN PEMBESAR DI RUSSIA ABAD KE-16   HINGGA   ABAD KE-20   1.           Sebagaimana di China, pembesar di Russia juga berperanan penting dalam urusan pentadbiran khususnya membantu Tzar / Tzarina menjalankan tanggungjawabnya.     2.           Peringkat awal, Tsar di Russia dibantu oleh Golongan Boyar iaitu golongan pembesar feudal merupakan golongan bangsawan yang menjadi tuan-tuan tanah. Mereka berperanan seperti raja-raja kecil yang memerintah di kawasan tanah kepunyaan mereka.       3.        Golongan Boyar juga berkuasa ke atas golongan petani. Menurut undang-undang yang diluluskan pada tahun 1649, golongan Boyar diisytiharkan mempunyai kuasa ke atas golongan petani.     4.        Menurut undang-undang tersebut, petani-petani dianggap sebagai “abdi” kepada golongan Boyar buat selama-selamanya. Mereka...